PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-keras pertempuran yang meletus antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum, ibu negara Sudan, yang telah mencetuskan pergolakan dan mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah.
Sempena bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini dan sejajar dengan nilai murni Islam, Malaysia menyeru kedua-dua pihak untuk segera menghentikan permusuhan dan bertenang, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini.
"Kedua-dua pihak harus menyelesaikan apa jua perbezaan secara aman dan menghindari sabarang tindakan yang boleh memburukkan lagi ketegangan.
"Dialog dan rundingan yang bermakna adalah satu-satunya kaedah untuk merintis laluan ke arah memulihkan keamanan dan kestabilan di Sudan," menurut kenyataan itu.
Malaysia menggesa semua pihak mengutamakan keselamatan orang awam dan bekerjasama ke arah mewujudkan persekitaran yang aman dan stabil demi kemajuan dan kemakmuran rakyat Sudan.
Malaysia kekal bersolidariti dengan rakyat Sudan dan akan terus menyokong usaha ke arah penyelesaian yang berkekalan dan aman bagi konflik itu.
"Kami mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Sudan dalam mengharungi detik yang mencabar ini," tambah kenyataan itu.
Menurut laporan antarabangsa, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh sejak pertempuran meletus pada Sabtu.
Jawatankuasa Doktor Sudan berkata 183 dilaporkan cedera di Khartoum dan di bandar-bandar lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023

Malaysia menggesa semua pihak mengutamakan keselamatan orang awam dan bekerjasama ke arah mewujudkan persekitaran yang aman dan stabil demi kemajuan dan kemakmuran rakyat Sudan. -Gambar fail/ Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Malaysia terus ambil langkah proaktif pastikan kepentingan ekonomi, perdagangan kekal kukuh
Malaysia akan terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara kekal kukuh di persada antarabangsa, menurut Kementerian Luar.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium.

Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal.

Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.

Malaysia ucap takziah kepada keluarga mendiang Presiden Jimmy Carter
Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), James E. Carter Jr. pada 29 Dis 2024.

Nahas Jeju Air: Kedutaan Thailand sahkan dua rakyatnya terlibat
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra melalui akaun rasmi X miliknya, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga penumpang yang terkorban dan cedera dalam insiden berkenaan.

Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk memperluas penempatan haram di Bukit Golan yang diduduki.