Tiga lelaki yang telah hilang selama tiga hari diselamatkan di sebuah pulau terpencil di Lautan Pasifik selepas pesawat tentera laut Amerika Syarikat (AS) mengesan perkataan ‘HELP’ yang dibentuk menggunakan daun palma di permukaan pantai, pada Sabtu.
Menurut jurucakap pasukan pengawal pantai, Melissa McKenzie, tiga lelaki itu bergerak dari satu pulau ke pulau di kepulauan Micronesia dengan menggunakan bot kecil.
Mereka dilambung ombak dan gagal kembali ke pulau Weno. Kehilangan mereka disedari oleh pihak keluarga yang membuat laporan Selasa lalu.
“Mujur mereka memakai jaket keselamatan dan mampu berenang ke pulau terpencil tersebut,” tambahnya.
Ketika dikesan oleh juruterbang Tentera Laut, mereka sedang mengibar jaket oren di pesisir pantai pulau Fanadik, beberapa ratus kilometer di utara Papua New Guinea.
Dua jam kemudian, bot penduduk tempatan mengambil dan membawa mereka ke hospital.
Agensi
Sun Apr 10 2016
Tiga lelaki bentuk perkataan 'HELP' guna pelepah palma di pantai selepas terdampar di Pulau Fanadik akibat bot dilambung ombak - Foto AP
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Tentera laut AS nampak tulisan 'HELP' di pantai, tiga lelaki diselamatkan
Tiga lelaki bentuk perkataan 'HELP' guna daun palma di pantai selepas terdampar di Pulau Fanadik akibat bot dilambung ombak.