Pihak berkuasa Britain mendedahkan askar yang maut di sembelih dalam kejadian dekat Woolwich dikenali sebagai Lee Rigby, 25 tahun.

Mangsa dimaklumkan pernah berkhidmat di Afghanistan.

Ia juga memaklumkan dua lagi ditahan bagi membantu siasatan.

Terdahulu mengulas insiden yang berlaku, Perdana Menteri Britain, David Cameron bertekad pembunuhan kejam ke atas tentera di London akan menjadikan United Kingdom lebih bersepakat dan kuat.

Kenyataan berkenaan dibuat di luar kediaman rasmi, Downing Street selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan Cobra.

Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.