Angkatan Tentera Thailand akan kekal berkecuali dan bebas daripada politik selepas Pilihan Raya Umum pada 24 Mac.
Panglima Angkatan Tentera Thailand Apirat Kongsompong berkata angkatan tentera akan sentiasa bersama rakyat untuk melindungi negara dan monarki.
"Tentera Diraja Thailand adalah profesional ... Kita tidak akan membenarkan rakyat memerangi perbezaan mereka di jalanan," katanya kepada anggota media asing di Markas Tentera Thailand di sini hari ini.
Apirat menggesa rakyat Thailand untuk menerima dan menghormati keputusan pilihan raya yang dijangka diketahui pada 9 Mei.
"Ada yang menang dan ada yang kalah dalam mana-mana pilihan raya. Oleh itu, kita mesti menghormati keputusan muktamad. Buat masa ini, kita tunggu sahaja.
"Kita tidak seharusnya membiarkan sesetengah pihak menimbulkan konflik dan memecahbelahkan perpaduan rakyat Thailand, " katanya sambil menambah bahawa parti-parti politik perlu menyelesaikan perbalahan mereka menerusi perlembagaan negara.
Apirat menggesa semua ahli politik untuk menghormati pemerintahan demokrasi negara itu dengan Raja sebagai ketua negara.
Selepas pilihan raya yang ditunggu-tunggu sejak rampasan kuasa tentera 2014 pada 24 Mac, parti Palang Pracharath, pro junta yang menyokong Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-o-cha dan "Barisan Demokratik", diketuai oleh Pheu Thai, parti yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra mendakwa mencapai kemenangan.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengesahkan keputusan muktamad pada 9 Mei.
Apirat yang merupakan salah seorang daripada 250 anggota senat bersama 500 anggota parlimen yasng akan mengundi bagi pemilihan perdana menteri seterusnya berkata, "Saya akan memberi undi kepada ahli politik yang jujur yang boleh mentadbir negara dengan cara yang baik".
"Saya sudah pun mempunyai calon yang terbaik. Mungkin bukan seorang tetapi dua atau tiga orang, semuanya bergantung kepada keputusan pada 9 Mei. Saya akan memilih yang terbaik, " katanya.
Apirat merujuk kepada kenyataan Raja Maha Vajiralongkorn menjelang pilihan raya yang mengimbas kembali komen yang dibuat oleh ayahanda baginda tentang perlunya meletakkan "orang yang beramanah memegang tampuk kuasa dan menghalang anasir-anasir yang tidak diingini daripada mencetuskan kekacauan"
Berdasarkan keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya bagi 350 kerusi, Pheu Thai memenangi 137 kerusi, Palang Pracharath (97), Parti Bhumjaithai (39), Demokrat (33) dan Future Forward (30).
Mengenai undi popular, Parti Palang Pracharath yang pro-junta memperoleh 8.4 juta undi dari 350 kawasan pilihan raya di negara itu manakala Pheu Thai 7,920,630 undi, diikuti oleh Future Forward (6,265,950 undi), Demokrat (3,947,726 undi) dan Bhumjaithai (3,732,883 undi).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2019

Apirat Kongsompong ditemui media di ibu pejabat Angkatan Tentera Thailand, di Bangkok, 2 April, 2019. REUTERS

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.

Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.

PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.

PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.

Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.

'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.