GAZA: Tempat yang paling selamat untuk berlindung daripada kekejaman Zionis di Gaza adalah langit.

Itu gambaran seorang penduduk Gaza, Ramez Al-Qassas yang buntu mencari tempat perlindungan selamat di wilayah itu.

Sementara itu, orang ramai berkumpul di Hospital Nasser, Gaza pada Rabu bagi menghadiri pengebumian empat ahli keluarga yang terbunuh akibat serangan udara Israel yang menyasarkan rumah mereka di Al-Mawasi, Khan Younis.

Serangan tersebut mengorbankan seorang kanak-kanak, dua wanita dan seorang lelaki di selatan Gaza.

Serangan itu merupakan siri serangan dilakukan rejim Zionis di Gaza selepas mereka mendakwa Hamas menyembunyikan anggota pejuang bersenjata di dalam bangunan kediaman penduduk awam, termasuk sekolah dan hospital.

Hamas bagaimanapun menafikan dakwaan dangkal tersebut.