Pejabat Pendidikan Malaysia Washington hari ini melaporkan bahawa serangan di Ohio State University, Amerika Syarikat tidak melibatkan pelajar Malaysia yang berada di sana.
Pejabat pendidikan itu mengesahkan kesemua 296 pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat.
Dalam serangan tersebut, seorang pelajar dilaporkan telah merempuh kenderaannya pada laluan pejalan kaki di kampus Columbus, Ohio sebelum menyerang para pelajar lain dengan pisau pemotong daging, dan dia kemudiannya ditembak seorang pegawai polis kampus.
Sebelas orang dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut media Amerika.
Dilaporkan penyerang tersebut merupakan pelajar universiti tersebut berketurunan Somalia.
Astro Awani
Tue Nov 29 2016
![Tembakan Universiti Ohio State: 296 pelajar Malaysia selamat Tembakan Universiti Ohio State: 296 pelajar Malaysia selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61480376746_OhioStateUniversity.jpg)
Sebelas orang dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut media Amerika. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Tembakan Universiti Ohio State: 296 pelajar Malaysia selamat Tembakan Universiti Ohio State: 296 pelajar Malaysia selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61480376746_OhioStateUniversity.jpg)
Tembakan Universiti Ohio State: 296 pelajar Malaysia selamat
Education Malaysia Washington hari ini melaporkan bahawa serangan di Ohio State University, Amerika Syarikat tidak melibatkan pelajar Malaysia yang berada di sana.