Dunia sekali lagi dikejutkan dengan insiden tembakan dalam pawagam oleh seorang lelaki berusia 58 tahun pada Khamis di Louisiana, Amerika Syarikat. .
Pelawak Amy Schumer mengucapkan takziah selepas polis mengesahkan tiga orang ditembak mati di sebuah pawagam ketika tayangan filem beliau Trainwreck di Lafayette, Louisiana.
“Hati saya berkecai dan ingatan dan doa saya bersama mereka di Louisiana,” tulis Amy menerusi akaun Twitternya.
Selain pelakon Trainwreck itu, selebriti lain juga turut menyampaikan mesej takziah dan doa mereka kepada mangsa dan keluarga mangsa.
Antara selebriti antarabangsa yang mengucapkan takziah di laman Twitter ialah penyanyi Samuel Frederick, pelakon Willie Garson, pelakon Timothy Simons dan ahli perniagaan terkenal, Donald J.Trump.
Terdahulu, tiga orang dilapor terbunuh dan sekurang-kurangnya tujuh cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika tayangan filem Trainwreck di Lafayette, Louisiana pada Khamis.
Kira-kira 100 orang berada dalam pawagam tersebut ketika insiden itu berlaku.
Bagaimanpun, pihak berkuasa berkata, lelaki bersenjata itu membunuh diri selepas insiden tersebut.
Trainwreck merupakan sebuah filem Amerika bergenre komedi romantik yang diarah oleh Judd Apatow dan ditulis oleh Amy Schumer.
Menurut portal IMDb, filem Trainwreck bakal menemui penonton di Malaysia pada 2 Ogos 2015.
Kohilah Sekaran
Fri Jul 24 2015
![Tembakan dalam pawagam, selebriti luahkan rasa simpati Tembakan dalam pawagam, selebriti luahkan rasa simpati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437722569_THEGRANDSHOOTING.jpg)
Selebriti luahkan rasa simpati selepas polis mengesahkan tiga orang ditembak mati di sebuah pawagam ketika tayangan filem Trainwreck di Lafayette, Louisiana. - Gambar Fail
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Lima terkorban pesawat ringan terhempas di Louisiana Lima terkorban pesawat ringan terhempas di Louisiana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577571500_KapalTerbang.jpg)
Lima terkorban pesawat ringan terhempas di Louisiana
Mangsa yang terkorban berusia antara 15 dan 59 tahun, termasuk juruterbang pesawat.
![Tembakan dalam pawagam, selebriti luahkan rasa simpati Tembakan dalam pawagam, selebriti luahkan rasa simpati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437722569_THEGRANDSHOOTING.jpg)
Tembakan dalam pawagam, selebriti luahkan rasa simpati
Selebriti luahkan rasa simpati selepas polis mengesahkan tiga orang ditembak mati di sebuah pawagam ketika tayangan filem Trainwreck di Lafayette, Louisiana.