SEBUAH zoo di Sweden dilaporkan berdepan kritikan selepas menembak mati tiga ekor cimpanzi serta mencederakan seekor lagi selepas melarikan diri dari kandang.

Memetik laporan BBC, pihak pengurusan zoo yang terletak di Furuvik memaklumkan tindakan itu merupakan percubaan ‘menenangkan’ cimpanzi yang dilihat boleh menimbulkan ancaman kepada pengunjung.

Dalam pada itu, tiga lagi cimpanzi masih belum ditempatkan semula ke kandang masing-masing.

Cimpanzi merupakan haiwan terkenal di Sweden dan kematian mereka telah menimbulkan kemarahan ramai.

Penyelidik Mathias Osvath, yang mengenali mereka selama beberapa tahun, menegaskan mereka tidak menimbulkan ancaman.

“Jika saya berjumpa dengan mereka di taman, nadi saya mungkin bergerak laju tetapi saya tidak pernah takut berdepan dengan mereka. Ini satu tragedi," katanya.

Kejadian bermula pada Rabu lalu apabila cimpanzi keluar dari kandang mereka dan mula berkeliaran bebas di sekitar zoo.

Sehingga kini, tidak diketahui bagaimana mereka melarikan diri.

Zoo kini ditutup buat seketika untuk orang awam manaka pihak pengurusan memaklumkan cimpanzi yang melarikan diri boleh menimbulkan ancaman manakala kakitangan diarahkan tinggal di dalam rumah masing-masing.

Semalam, zoo mengesahkan identiti dua cimpanzi yang mati, Linda dan Torsten. Haiwan ketiga itu juga disahkan mati dan seorang lagi yang dikhuatiri mati yang dinamakan sebagai Santino dan Manda.