SELANG 24 jam selepas mencuri perhatian dunia menerusi kemunculan perdana di acara Anugerah Grammy 2019 pada Isnin, kumpulan K-Pop tersohor dunia meraih satu lagi kemasyhuran yang di luar jangkaan mereka.
Ketujuh-tujuh anggota BTS Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, RM and Jungkook harus diakui muncul sebagai ikon baharu dalam gelanggang seni muzik antarabangsa.
Dan dalam memperkasakan kedudukan mereka, anak-anak muda dan tampan ini mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat setia mereka yang dikenali sebagai ARMY.
ARMY membentuk trend kegilaan terhadap BTS di seluruh dunia yang akhirnya menjadikan BTS sebagai fenomena luar biasa!
BTS juga bertuah kerana membina nama ketika era ledakan teknologi pesat berkembang di seluruh dunia.
Hanya di hujung jari, BTS mengumpul peminat dan populariti menakjubkan.
Bagi sebuah kumpulan pop dari Asia, memiliki jumlah peminat hampir 30 juta (berdasarkan jumlah kasar pengikut di Twitter dan Instagram), jangan pandang mereka sebelah mata.
Sementara pengikut ARMY seperti yang tercatat di laman Twitter @BTS_ARMY pula berjumlah lebih 3.42 juta dan peranan yang dipikul mereka bukan calang-calang.
Demikian juga dengan kekayaan yang diraih BTS juga sangat mengejutkan kerana pada 2018, nilai band berkenaan dianggarkan sebanyak AS$40 juta (RM160 juta).
Kuasa dan pengaruh sosial media sekali lagi menjadi kayu ukur terhadap populariti mereka apabila jenama BTS yang digandingkan dengan hashtag #tearitupBTS membanjiri laman Twitter sejak semalam.
Dan untuk rekod sehingga pukul 11.30 pagi Selasa, #tearitupBTS mencapai trending di seluruh dunia dengan lebih 7.34 juta kicauan di Twitter.
Analisis di laman Social Bearing pula memperlihatkan, keghairahan pasukan peminat tegar kumpulan BTS berpusu-pusu menzahirkan sokongan pada satu-satunya bintang pop dari benua Asia yang mula menempa kegemilangan di industri muzik dunia.
Selang 30 saat, terdapat lebih 400,000 kicauan diulang kicau dari beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS), Mexico, Bolivia, India, Indonesia, Korea Selatan, Jepun, Australia, Filipina dan Malaysia serta beberapa buah negara lain.
Ketepikan apa saja pandangan skeptikal segelintir pencinta muzik terhadap BTS, hakikatnya, band ini memberi pemahaman baharu berhubung selera muzik peminat sudah berubah.
Keterbukaan AS dan United Kingdom menerima kemasukan BTS ke pasaran muzik mereka sebenarnya menjadi justifikasi bahawa selebriti Asia memiliki haluan baharu untuk menawan dunia.
BTS tentu sekali harus merentasi perjalanan yang bukan mudah sejak mula membina tapak di negara kelahiran mereka sekitar 2013.
Sejak dari tahun permulaan sehingga ke hari ini, sudah berpuluh atau mungkin beratus anugerah pencapaian diperoleh oleh band yang sangat popular dengan lagu I Need U itu.
Antara pencapaian tertinggi yang diraih tujuh anak muda ini ialah kategori Favourite Social Artist di majlis American Music Awards pada 2018.
Selama dua tahun berturut-turut iaitu pada 2017 dan 2018, BTS juga memenangi kategori Top Social Artist dalam acara Billboard Music Awards anjuran Hollywood.
Andai mahu disenaraikan kejayaan mereka di artikel, tentu sekali anda akan keletihan untuk membacanya.
Cukuplah artikel ini merumuskan BTS membawa sinar baharu pada bintang-bintang dari Asia untuk mencuba nasib di padang yang lebih hijau dan lebih besar.
Tidak mustahil sebenarnya untuk Asia menawan dunia. BTS telah membuka laluan dan artis yang lain harus bijak mencari formula untuk mengikut jejak langkah mereka.
Astro Awani
Tue Feb 12 2019
BINTANG Asia tidak perlu lagi merendah diri untuk menembusi Hollywood kerana BTS sudah membuka langkah buat rakan-rakan seperjuangan mereka. - Gambar AP
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Korea Selatan sambut ulang tahun ke-10 BTS
Budaya pop Korea Selatan merentasi populasi global menerusi muzik yang diperjuangkan BTS.
Hadiah buat ARMY, Jin BTS tampil dengan single 'The Astronaut'
Anggota kumpulan BTS, Jin bakal tampil dengan single pertama tidak lama lagi.
Video pemimpin politik India tonton persembahan BTS curi tumpuan
Ciapan Rahul Gandhi selepas melawat pelajar di salah sebuah sekolah di Kerala menarik perhatian ramai.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
BTS raih dua anugerah di AMA 2020
Biarpun tidak dapat menghadiri majlis anugerah itu, mereka mempersembahkan dua lagu iaitu 'Dynamite' dan lagu baharu 'Life Goes On' dari Stadium Seoul.
MTV EMA 2020: Syabas ARMY! BTS menang anugerah 'Biggest Fans'
Selain anugerah tersebut, BTS juga mendominasi tiga kategori lain termasuk anugerah utama Lagu Terbaik menerusi lagu hit terbaharu mereka Dynamite.
BTS enggan kongsi pentas lagi, mahu buat persembahan solo di Grammy
Penyanyi rap, Suga, dalam satu sidang media dalam talian pada Rabu berkata biarpun pernah mengadakan persembahan di pentas Grammy sebelum ini, mereka menyimpan hasrat untuk membuat persembahan solo.
ARMY, persiapkan diri anda! BTS bakal lancar album baharu tahun ini
Kumpulan yang popular dengan lagu "Fake Love" itu akan mengeluarkan single baharu secara digital pada 21 Ogos ini.
BTS pecah rekod jualan album tertinggi pada hari pertama
Jumlah tersebut cukup untuk mencatatkan rekod baharu bagi jualan tertinggi dalam satu hari serta jualan tertinggi dalam seminggu bagi sebuah album.
Bazzi, BTS bakal jalinkan kolaborasi?
Bazzi meluahkan minatnya untuk berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkemuka tersebut dalam temu bual eksklusif dalam segmen AWANI Xtra.