Taufan Michael dijangka akan meningkat ke kategori empat sebelum membadai Semenanjung Florida.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC), taufan kategori tiga itu kini berada 375km di barat daya Florida kelajuan angin maksima 120 kilometer sejam.

Tambah pusat ramalan cuaca itu lagi, Michael dijangka akan menyusut sejurus bergerak ke arah tenggara negara itu.

Ketika ini lebih 500,000 penduduk di persisiran pantai digesa berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Michael dijangka akan membadai Semenanjung Florida pada Rabu serta menyebabkan ombak besar setinggi empat meter.

Presiden Donald Trump telah isytiharkan keadaan darurat di Florida bagi membolehkan bantuan persekutuan beri sokongan kepada pihak berkuasa negeri dan tempatan.

Menurut NHC, taufan itu kini bertukar menjadi kategori tiga dengan angin selaju 195 kilometer sejam.

Sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan terkorban di Amerika Tengah akibat taufan itu.

Gabenor Florida Rick Scott menggesa orang ramai di persisiran pantai untuk berpindah.

Dalam entri yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, Scott berkata walaupun memindah itu sangat menyusahkan, tetapi ini antara hidup dan mati.


Pada Selasa lebih 2,500 anggota tentera telah dikerah untuk membantu penduduk Florida.

Keadaan darurat turut diisytiharkan di Alabama dan Georgia.