TAIPEI: Pulau Orkid mencatatkan kelajuan angin paling kencang di Taiwan sejak ia mula direkodkan ketika Taufan Koinu membadai bahagian selatan Taiwan semalaman pada Rabu, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).
Pada 9.40 malam Rabu, pulau itu merekodkan angin kencang 198.7 kilometer sejam (kph), diikuti oleh tiupan angin pada 9.53 malam yang mencapai 342.7 kph, kedua-duanya mencatatkan tahap tertinggi sejak Taiwan mula menyimpan rekod kelajuan angin pada 1897, kata ketua Stesen Cuaca Taitung CWA, Huang Chia Mei.
Tidak lama kemudian, alat yang mengukur kelajuan angin itu rosak, Central News Agency (CNA) memetik Huang sebagai berkata.
Berdasarkan ramalan semasa, Taufan Koinu akan terus menjejaskan Taiwan sepanjang hari pada Khamis, dan akan berada kira-kira 240 km ke barat Cape Eluanbi pada 8 pagi Jumaat.
Taufan Koinu telah mencederakan 190 orang sejak petang Rabu dan mengakibatkan lebih 62,381 rumah dan premis perniagaan tanpa bekalan elektrik, lapor CNA.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023
Antara kesan kemusnahan akibat angin kencang Taufan Koinu di Taiwan. - Reuters
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Rusia sambut baik penyertaan Indonesia
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di ICA
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli dari China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.Buletin AWANI
Hong Kong tingkat amaran taufan, tutup sekolah, batal penerbangan
Balai Cerap Hong Kong mengeluarkan amaran taufan T8 yang dinaik taraf pada Ahad ketika Taufan Koinu semakin menghampiri wilayah itu.
Taufan Koinu bawa angin paling kencang pernah dicatat di Taiwan
Pada 9.40 malam Rabu, pulau itu merekodkan angin kencang 198.7 km/j, diikuti tiupan angin pada 9.53 malam yang mencapai 342.7 km/j.
China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.