Menurut akhbar The Telegraph pada Isnin, Utusan Khas AS untuk Ukraine, Keith Kellogg berjanji untuk mengadakan rundingan dengan sekutu NATO sebelum memuktamadkan rancangan itu, sambil menambah bahawa beliau akan mendapatkan pandangan mengenai bentuk rancangan dan sumbangan yang boleh diberikan oleh kerajaan-kerajaan lain dalam proses damai.
Selain itu, Kellogg dilaporkan memberi jaminan kepada rakan kongsi Eropah bahawa AS ingin mengukuhkan kedudukan Ukraine dalam sebarang rundingan dengan Rusia.
Pada 6 Feb, Kellogg menafikan laporan media yang menyatakan beliau akan membentangkan rancangan penyelesaian konflik Ukraine pada persidangan Munich yang dijadualkan pada 14-16 Feb.
Beliau menambah bahawa hanya presiden AS boleh membentangkan rancangan itu. Bagaimanapun, pada Isnin, Bloomberg melaporkan bahawa Kellogg akan membentangkan rancangan itu dalam beberapa minggu akan datang.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)