NEW DELHI: Pasukan penyelamat di India menemukan 26 mayat dari lokasi kejadian tanah runtuh setakat ini manakala kira-kira 80 orang dipercayai masih hilang.

Enam mayat ditemukan pada Jumaat, menjadikan jumlah kematian akibat bencana pada malam Khamis mencecah 26.

Usaha menyelamat disambung semula pada Sabtu.

Tanah runtuh memusnahkan kira-kira 20 kediaman di perkampungan Irshalwadi di daerah Raigad, Maharashtra.

Seramai 122 penduduk daripada 228 orang ditemukan selamat, menurut satu laporan media tempatan.

Pasukan penyelamat berdepan kesukaran menjalankan operasi mencari dan menyelamat susulan hujan lebat.

-- BERNAMA