Suruhanjaya bebas yang dilantik Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa, kedua-dua pihak yang bertelagah di Syria gagal melindungi orang awam.
Dalam laporan kepada majlis hak asasi manusia PBB, Pengerusi Suruhanjaya Bebas Inkuiri Syria, Paulo Pinheiro berkata, pihak bertelagah gagal mengelak penglibatan awam dalam kawasan operasi mereka.
Menurut Pinheiro, kerajaan dan pembangkang gagal mengambil langkah bagi mengelak kematian awam dalam serangan yang dilancarkan.
Malah katanya, pihak terlibat turut menggunakan taktik serangan ke atas hospital dan klinik.
Beliau berkata,“Kami telah mendokumenkan banyak insiden di mana rawatan perubatan telah digunakan sebagai taktik perang. Hospital dan klinik perubatan menjadi sasaran, dimusnahkan dan kakitangan perubatan ditangkap. Penjagaan kesihatan dilihat dari segi keuntungan ketenteraan oleh pihak terlibat dalam konflik.”
Wakil Syria dalam majlis berkenaan bagaimanapun menolak hasil siasatan suruhanjaya itu dan mendakwa ia lebih menjurus kepada kempen perkauman dan puak sekali gus ditolak oleh rakyat Syria.
Sehingga kini lebih 70,000 menjadi korban dalam perang saudara di Syria yang bermula sebagai kebangkitan aman pada Mac 2011.