YANGON: Pemerintah junta tentera Myanmar pada Khamis menuduh Aung San Suu Kyi menerima wang haram berjumlah AS$600,000 (RM2.5 juta) dan 11 kilogram (kg) emas di bawah tuduhan baharu dilemparkan Tatmadaw selepas lebih sebulan beliau ditahan.
"Kami mendapat maklumat tentang perkara itu. Suruhanjaya Antirasuah kini sedang melancarkan siasatan," kata jurucakap pemerintah junta tentera, Zaw Min Tun.
Sebelum ini, penerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1991 itu telah berdepan empat pertuduhan termasuk melanggar undang-undang bencana alam dan berkongsi maklumat yang mencetuskan ketakutan pada orang ramai.
Dalam perkembangan berkaitan, seramai sembilan lagi penunjuk perasaan maut ditembak di bawah tindakan kekerasan oleh pasukan keselamatan yang semakin berleluasa, sekali gus menjadikan angka korban kini mencecah lebih 60 orang dan kira-kira 2,000 ditahan.
Sementara itu, laporan pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International mendakwa pasukan keselamatan di Myanmar menggunakan ‘senjata di medan perang’ ke atas penunjuk perasaan tidak bersenjata dan melakukan pembunuhan yang dirancang.
Laporan tentang kekejaman itu didedahkan Amnesty berdasarkan analisis terhadap 55 rakaman video di beberapa bandar termasuk Mandalay dan Yangon bertarikh 28 Februari hingga 8 Mac lalu.
“Ia bukan lagi taktik baharu, namun pembunuhan ke atas penunjuk perasaan itu dilakukan di tempat terbuka secara terang-terangan. Ia jelas tindakan jenayah kemanusiaan,” ujar Pengarah Tindak Balas Krisis badan itu, Joanne Mariner.
Amnesty turut menyelar penggunaan senjata api yang tidak sesuai digunakan ke atas peserta protes termasuk senapang ringan, senapang penembak tepat dan senapang separa automatik.
“Senjata digunakan Tatmadaw menunjukkan taktik berbahaya dan disengajakan. Krisis di Myanmar sudah semakin buruk,” tegasnya lagi.
Susulan tindakan kekerasan yang semakin berleluasa, Amnesty menggesa Majlis Keselamatan PBB supaya campur tangan untuk bertindak tegas terhadap Tatmadaw.
Sinar Harian
Thu Mar 11 2021
![Suu Kyi didakwa terima wang haram RM2.5 juta, 11kg emas Suu Kyi didakwa terima wang haram RM2.5 juta, 11kg emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612137923_AungSanSuuKyi.jpg)
Sebelum ini Suu Kyi berdepan empat pertuduhan termasuk melanggar undang-undang bencana alam dan berkongsi maklumat yang mencetuskan ketakutan pada orang ramai. - REUTERS
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Anak lelaki risau tahap kesihatan Aung San Suu Kyi di penjara Anak lelaki risau tahap kesihatan Aung San Suu Kyi di penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694556742_AungSanSuuKyi.jpg)
Anak lelaki risau tahap kesihatan Aung San Suu Kyi di penjara
Kim Aris dakwa, ibunya dinafikan akses kepada doktor luar selepas mengalami pening dan muntah.
![Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691016813_KimAristhesonof.jpg)
Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak
Pengampunan separa oleh tentera junta Myanmar terhadap bekas pemimpin yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi tidak mempunyai sebarang makna.
![Thailand sambut baik pengampunan Suu Kyi Thailand sambut baik pengampunan Suu Kyi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672387104_AungSanSuuKyi.jpg)
Thailand sambut baik pengampunan Suu Kyi
Thailand berharap pemberian pengampunan itu akan membantu mewujudkan suasana kondusif untuk dialog politik di Myanmar.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41672390543_AungSanSuuKyi.jpg)
Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662135864_TBMYANMAR.jpg)
Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan
Pemimpin Myanmar yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi akan menyokong rundingan "tanpa prasyarat" untuk menamatkan krisis yang berlaku di negara itu.
![UK umum sekatan baharu terhadap Myanmar, sasar pembekal peralatan tentera UK umum sekatan baharu terhadap Myanmar, sasar pembekal peralatan tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679988300_militarycheckpoint.jpg)
UK umum sekatan baharu terhadap Myanmar, sasar pembekal peralatan tentera
United Kingdom pada Isnin mengumumkan sekatan baharu terhadap Myanmar, termasuk menyasarkan pembekal peralatan ketenteraan kepada junta.
![Kerajaan tentera Myanmar nafi lakukan pembunuhan beramai-ramai Kerajaan tentera Myanmar nafi lakukan pembunuhan beramai-ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678797805_TBMYANMARVIOLENCE.jpg)
Kerajaan tentera Myanmar nafi lakukan pembunuhan beramai-ramai
Anggota kumpulan penentangan bersenjata mendakwa bahawa mayat mangsa ditemukan di pekarangan sebuah biara Buddha pada lewat Sabtu lalu.
![Pilihan Raya Myanmar di tengah-tengah keganasan, Ketua PBB suarakan kebimbangan Pilihan Raya Myanmar di tengah-tengah keganasan, Ketua PBB suarakan kebimbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643254142_AntonioGuterres.jpg)
Pilihan Raya Myanmar di tengah-tengah keganasan, Ketua PBB suarakan kebimbangan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin menyuarakan kebimbangan mengenai hasrat junta Myanmar untuk mengadakan pilihan raya di tengah-tengah keganasan.