MIAMI: Salah seorang daripada suspek utama dalam kes pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moise, dalam serangan ganas pada 7 Julai 2021 di Port-au-Prince, telah ditahan pada hari Khamis di Haiti, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Jurucakap Polis Garry Desrosiers mengesahkan kepada Miami Herald bahawa Joseph Felix Badio, bekas pegawai antirasuah yang dipecat daripada tugasnya dua bulan sebelum pembunuhan itu ditahan ketika sedang membeli-belah di sebuah pasar raya di Petionvill
Badio adalah antara beberapa suspek berprofil tinggi yang diburu lebih dua tahun selepas pembunuhan itu. Penahanannya dipercayai dapat membantu penyiasat di Haiti dan di Amerika Syarikat (AS) mengenal pasti motif pembunuhan Moise.
Tahun lepas, Badio menyiarkan rakaman audio dalam bahasa Creole menafikan penglibatannya dalam plot pembunuhan itu, selain menulis surat kepada Kedutaan AS di Port-au-Prince, bersama dokumen mengenai rakyat Haiti-Amerika dan komando Colombia yang didakwanya terlibat dalam kes itu.
Walaupun lebih 40 orang telah ditahan di Haiti, termasuk anggota pengawal presiden dan sekumpulan askar upahan Colombia, belum ada yang didakwa secara rasmi, manakala di AS, 11 orang didakwa dalam kes yang diketuai FBI sama ada bersubahat atau terlibat dalam pembunuhan Moise.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
Penahanan suspek terbabit dipercayai dapat membantu penyiasat di Haiti dan di AS mengenal pasti motif pembunuhan Moise (gambar). - Gambar fail/ AP
Perancis tuntut penjelasan PSG terkait sepanduk pro-Palestin
Perancis pada Khamis menuntut penjelasan daripada Paris Saint-Germain (PSG), kelab bolasepak terkemuka negara itu, berikutan paparan sepanduk pro-Palestin yang dianggap "tidak boleh diterima", oleh para penyokong semasa perlawanan.
Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X berkata, beliau meminta
PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab supaya memastikan politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.
Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X berkata, beliau meminta
PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab supaya memastikan politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.
Gunung Marapi meletus lagi, penduduk diminta berwaspada
Gunung Marapi di Sumatera Barat kembali mletus dan menghamburkan debu dan batu panas sekitar 800 meter dari puncaknya sejak semalam.
Salji pertama landa wilayah Al-Jawf, Arab Saudi
Wilayah Al-Jawf di Arab Saudi mengalami salji pertama, sekali gus menukar landskap gurun gersang kepada 'kawasan ajaib' musim sejuk.
Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara teluk itu.
Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara teluk itu.
SIRIM lancar inisiatif perkasa amalan ESG dalam industri
SIRIM Berhad (SIRIM) hari ini melancarkan 'SIRIM ESG Holistic Ecosystem', satu inisiatif yang bertujuan menyokong dan mempercepat amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan industri Malaysia.
Mampu perkasa, galak potensi wanita
Komitmen terhadap kesaksamaan gender di Malaysia telah membentuk pemahaman tentang kepentingan memperkasakan wanita dan menggalakkan mereka untuk merangkul potensi mereka tanpa batasan.
Enam anggota MALBATT 850 cedera ringan
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) dari Beirut ke Kem Marakah.
Pakatan Scholz tumbang, Jerman dilanda krisis politik
Pakatan pemerintah Jerman tumbang apabila Canselor, Olaf Scholz memecat Menteri Kewangan dan membuka laluan untuk pilihan raya mengejut.Situasi itu mencetuskan kekacauan politik di ekonomi terbesar Eropah, hanya beberapa jam selepas calon Republikan, Donald Trump memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Askar Korea Utara bertempur dengan tentera Ukraine
Dua pegawai Amerika Syarikat mendakwa askar Korea Utara terlibat dalam pertempuran dengan tentera Ukraine buat kali pertama di Kursk, Rusia.
Putin kepada Ukraine – “berkecuali jika mahu aman”
Ukraine harus kekal berkecuali sekiranya mahu mempunyai peluang untuk keamanan dan sempadannya harus mengikut kehendak penduduk yang tinggal di wilayah yang dituntut Rusia.
Putin puji Trump, Rusia sedia berdialog
Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Donald Trump kerana memenangi pilihan raya Amerika Syarikat, pada Khamis.
Suspek utama pembunuhan Presiden Haiti ditahan
Salah seorang daripada suspek utama dalam kes pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moise, dalam serangan ganas pada 7 Julai 2021 di Port-au-Prince, telah ditahan pada hari Khamis di Haiti.