Suspek pengebom stesen komuter di Manhattan, New York, dilaporkan telah memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum melakukan serangan pada Isnin.
Dalam status yang dimuat naik di akaun Facebooknya, Akayed Ullah, menyalahkan Trump atas kegagalan melindungi negara.
Perkara itu didedahkan pihak pendakwa raya sewaktu pendakwaan Akayed dibacakan pada Selasa.
Tindakan suspek berusia 27 tahun itu juga dikatakan didorong oleh kumpulan militan Daish.
Suspek warganegara Bangladesh itu didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memiliki senjata, menyokong aktiviti keganasan serta melakukan ancaman keganasan terhadap orang awam.
Dalam insiden pada Isnin, Akayed telah mengikat bahan letupan di badan sebelum bertindak meletupkannya menyebabkan dia mengalami lecur.
Dua orang awam dan seorang anggota polis turut cedera dalam kejadian tersebut.
Agensi
Tue Dec 12 2017
![Suspek pengebom New York beri amaran kepada Trump Suspek pengebom New York beri amaran kepada Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513114195_AkayedUllah.jpg)
Dalam status yang dimuat naik di akaun Facebooknya, Akayed Ullah, menyalahkan Trump atas kegagalan melindungi negara. - Gambar REUTERS
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tiada bukti suspek pengebom New York ada kaitan dengan militan di Bangladesh - Polis Tiada bukti suspek pengebom New York ada kaitan dengan militan di Bangladesh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513121105_AkayedUllah.jpg)
Tiada bukti suspek pengebom New York ada kaitan dengan militan di Bangladesh - Polis
Pihak polis Bangladesh tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan suspek serangan stesen komuter bawah tanah New York dengan kumpulan militan di negara itu.
!['Kerana nila setitik', warga Bangladesh di New York bimbang jadi sasaran kebencian 'Kerana nila setitik', warga Bangladesh di New York bimbang jadi sasaran kebencian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513121105_AkayedUllah.jpg)
'Kerana nila setitik', warga Bangladesh di New York bimbang jadi sasaran kebencian
Masyarakat Bangladesh di Brooklyn bimbang kerajaan akan menghukum keseluruhan pendatang Bangladesh lantaran tindakan Akayed itu.
![Suspek bom paip New York dikenal pasti warganegara Bangladesh Suspek bom paip New York dikenal pasti warganegara Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513034483_AkayedUllah.jpg)
Suspek bom paip New York dikenal pasti warganegara Bangladesh
Suspek letupan bom dikenal pasti sebagai Akayed Ullah, warganegara Bangladesh yang menetap di Brooklyn.