HOUSTON: Seorang suspek ditahan berhubung pembunuhan empat lelaki Islam sejak sembilan bulan lalu di Albuquerque, bandar terbesar di negeri New Mexico di AS, menurut polis pada Selasa.
Polis "menjejaki kenderaan yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki Islam baru-baru ini di Albuquerque," lapor Xinhua memetik ciapan Twitter ketua polis bandar itu Harold Medina.
"Pemandu itu ditahan dan dia merupakan suspek utama kami bagi kes pembunuhan itu," katanya.
Medina bagaimanapun tidak mendedahkan identiti suspek, dan belum dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan adalah suspek dalam semua pembunuhan itu.
Empat lelaki Islam terbunuh dalam serangan hendap di bandar itu sejak November, dan tiga daripada mereka ditembak mati dalam tempoh 10 hari. Pihak berkuasa percaya pembunuhan itu, yang telah mendapat perhatian di peringkat nasional dan antarabangsa, berkemungkinan mempunyai kaitan dan menyasarkan lelaki Islam berdasarkan bangsa dan agama mangsa.
Naeem Hussain, seorang lelaki Asia Selatan berusia pertengahan 20-an, ditembak mati di tempat letak kereta pada tengah malam Jumaat, beberapa jam selepas menghadiri pengebumian Aftab Hussein, 41 tahun dan Muhammad Afzaal Hussain, 27 tahun, yang terbunuh, dalam serangan hendap berhampiran rumah mereka masing-masing pada 26 Julai dan 1 Ogos.
Polis juga sedang menyiasat sama ada ia turut mempunyai kaitan dengan pembunuhan Mohammad Ahmadi, 62, pada November 2021. Ahmadi, seorang lelaki Islam berketurunan Asia Selatan, ditembak mati di belakang pasaraya halal milik mangsa dan abangnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Empat lelaki Islam terbunuh dalam serangan hendap di bandar itu sejak November, dan tiga daripada mereka ditembak mati dalam tempoh 10 hari. - AP

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek pembunuhan empat lelaki Islam ditahan di New Mexico AS
Seorang suspek ditahan berhubung pembunuhan empat lelaki Islam sejak sembilan bulan lalu di Albuquerque, di New Mexico, Amerika Syarikat.