Salah seorang suspek yang terbabit dengan penyembelihan tentera Britain dekat Woolwich, pernah ditahan di Kenya pada 2010.
Dalam kenyataannya, Nairobi memaklumkan Michael Adebolajo bersama lima yang lain ditangkap berhampiran sempadan Somalia.
Dia diberkas ketika dalam perjalanan untuk membantu kumpulan pemberontak, Al Shahab.
Lelaki berkenaan sedang ke Somali untuk bersama Al-Shabab untuk latihan. Beliau tidak mempunyai sebarang gajet. Dia dan yang lain sedang dalam perjalanan ke Somalia,” kata jurucakap kerajaan Kenya Muthui Kariuki.
Ketua Unit Anti Keganasan Kenya, Boniface Mwaniki memaklumkan suspek kemudian diserahkan kepada pegawai keselamatan Britain sebaik siasatan dibuat.
Adebolajo yang berketurunan Nigeria ketika ditahan dikatakan menggunakan nama berbeza yang dikenali sebagai Michael Olemindis Ndemolajo dan menggunakan passport Briton.
Dia bersama seorang lagi rakannya, Michael Adebowale, 22, menjadi suspek utama pembunuhan, Lee Rigby yang dibunuh ketika berjalan kaki di tenggara London.
Kedua mereka yang ditahan di hospital berasingan selepas mengalami kecederaan akibat ditembak pihak berkuasa.
Astro Awani
Mon May 27 2013

10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Suspek pembunuh tentera Britain pernah ditahan
Michael Adebolajo, yang ditangkap bersama lima yang lain berhampiran sempadan Somalia, pernah ditahan di Kenya pada 2010.