Bandar di seluruh timur laut Amerika Syarikat kini bersiap sedia berdepan suhu sejuk melampau.

Suhu sejuk yang bermula minggu ini dijangka berada pada paras pertengahan, namun suhu kelajuan angin dianggarkan mencecah bawah paras beku.

Pusat kaji cuaca kebangsaan meramalkan suhu di New York akan mencecah antara 13 hingga 19 darjah Celcius bermula Sabtu.

Bagaimanapun kelajuan angin dianggarkan jatuh antara sifar dan negatif 10 darjah Celcius, serta kelajuan angin boleh mencecah 44 kilometer sejam.

Walaupun langit kelihatan cerah, penduduk di Washington, New York dan Massachusetts memakai berlapis-lapis baju bagi menahan cuaca sejuk melampau itu.

Suhu yang sejuk itu juga memaksa Festival Ais Central Park yang dirancang perbandaran New York dibatalkan hari ini.

Menurut Sam Kassirer, seorang residen New York, cuaca sejuk melampau itu tidak menghalang dirinya untuk menjalankan rutin harian.

“Memang cuaca amat sejuk. Cuma saya merasakan anda perlu terus melakukan rutin harian anda seperti biasa dan mengambil langkat berjaga-jaga dengan sentiasa memastikan untuk memakai beberapa lapis pakaian … atau mungkin berjalan dengan anjing anda. Selagi anda terus bergerak, anda pasti boleh memanaskan badan,” kata Kassirer.