NEW DELHI: Kerajaan Sri Lanka memberi amaran negara ini mungkin berdepan kegagalan membayar semula hutang, satu masalah yang disifatkan tidak pernah berlaku sebelum ini, menjadikan krisis ekonomi kian meruncing.
Menurut kerajaan pihaknya telah menghubungi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mendapatkan bantuan kecemasan dan membuat satu pelan pemulihan ekonomi.
"Sri Lanka mempunyai rekod permbayaran hutang luar negeri yang baik sejak merdeka pada 1948.
"Bagaimanapun, peristiwa baru-baru ini, termasuk kesan pandemik COVID-19 dan konflik di Ukraine, telah menggugat kedudukan fiskal Sri Lanka menyebabkan mustahil untuknya menunaikan obligasi hutang awam luar," memetik kenyataan Kementerian Kewangan.
Pihak yang terjejas oleh pemberhentian pembayaran pinjaman termasuk pemegang bon yang diterbitkan dalam pasaran asing, semua pemiutang dua hala dan institusi penyedia pinjaman mata wang asing.
Menurut kementerian, Sri Lanka akan "mempercepatkan" rundingan dengan IMF dan mendapatkan bantuan daripada rakan kongsi untuk mengatasi masalah itu, serta meringankan penderitaan rakyat Sri Lanka.
Krisis ekonomi telah menyebabkan rakyat mengadakan bantahan besar-besaran berikutan peningkatan inflasi, bekalan tenaga terjejas dan kekurangan barangan keperluan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Sri Lanka akan "mempercepatkan" rundingan dengan IMF dan mendapatkan bantuan daripada rakan kongsi serta meringankan penderitaan rakyat Sri Lanka. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Seluruh Sri Lanka alami gangguan bekalan elektrik
Pihak berkuasa Sri Lanka sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik susulan gangguan menyeluruh yang berlaku pada Ahad.

Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024
Rakyat Sri Lanka yang bekerja di luar negara mengirim pulang lebih AS$6.57 bilion pada 2024, meningkat 10.1 peratus berbanding 2023.

Hampir 480,000 terjejas oleh cuaca buruk di Sri Lanka
Seramai 479,871 individu daripada 142,624 keluarga terjejas, dengan 17 kematian dan 20 kecederaan dilaporkan.

Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.

Perdana Menteri baharu Sri Lanka angkat sumpah
Ahli Parlimen dari Parti National People's Power (NPP) Harini Amarasuriya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Sri Lanka pada Selasa.

Perdana Menteri Sri Lanka letak jawatan selepas presiden baharu dipilih
Perdana Menteri Sri Lanka Dinesh Gunawardena menyerahkan surat peletakan jawatannya pada pagi Isnin susulan pemilihan Anura Kumara Dissanayake sebagai presiden baharu negara itu, lapor Xinhua.

PM Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.

Cef Malaysia pukau pelajar institut pelancongan Sri Lanka
Cef Murad mengadakan pertunjukan memasak di Colombo sebagai sebahagian festival masakan Malaysia yang sedang berlangsung di Sri Lanka.

Sri Lanka akan dakwa 10 nelayan India atas kematian kelasi tentera laut
Tentera Laut Sri Lanka merampas sebuah bot pukat tunda di luar Kankasanthurai di Wilayah Jaffna di utara negara itu pada 25 Jun lalu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.