KEGUSARAN setiap ibu bapa dan penjaga ialah kanak-kanak bawah jagaan mereka mengakses kandungan yang tidak sesuai dengan usia.


Ringkasan AI
  • Spotify memperkenalkan akaun kanak-kanak bawah 13 tahun yang boleh dikawal oleh ibu bapa, termasuk penstriman lagu dan video serta paparan grafik Canvas.
  • Ciri ini berbeza dengan Spotify Kids yang menghalang keseluruhan kandungan yang dilabel dewasa.
  • Ciri ini sedang dalam fasa percubaan dan hanya tersedia untuk pelanggan Premium Family di Denmark, New Zealand, dan Sweden.


Mereka tidak mempunyai masa 24/7 sehari untuk memantau aktiviti kanak-kanak seperti Sauron.

Spotify baru-baru ini mengumumkan ciri akaun kanak-kanak bawah 13 tahun yang boleh diuruskan oleh ibu bapa atau penjaga.

Menerusinya ibu bapa dan penjaga boleh mengawal lagu serta video yang boleh distrim serta paparan grafik Canvas apabila lagu dimainkan.

Mereka juga boleh mengehadkan penstriman lagu yang mengandungi lirik yang tidak sesuai dengan usia.

Ciri ini berbeza dengan Spotify Kids yang memang menghalang keseluruhan kandungan yang dilabel dewasa kerana memberikan kuasa di tangan ibu bapa dan penjaga untuk menetapkan apa yang dibenarkan.

Pada ketika ini, ciri akaun kanak-kanak bawah 13 tahun diselia oleh ibu bapa penjaga ini dalam fasa percubaan.

Ia boleh digunakan pelanggan pelan Premium Family di Denmark, New Zealand, dan Sweden sahaja. -Amanz