Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) Setya Novanto meletak jawatan setelah didapati terbabit dalam kes melanggar kod etika kerana meminta saham dari sebuah syarikat menggunakan nama Presiden Joko Widodo dan Naib Presiden Jusuf Kalla.
Peletakan jawatannya diterima oleh Mahkamah Kehormatan Dewan (MKD) malam tadi setelah Timbalan Ketua MKD Sufmi Dasco Ahmad membacakan surat pengunduran diri Novanto dalam satu mesyuarat tertutup.
Menerusi siaran langsung televisyen tempatan lewat malam tadi, Sufmi berkata, Novanto yang dilantik sebagai Speaker bagi tempoh 2014-2019, meletakkan jawatannya demi kebaikan bangsa dan negara.
Kes Novanto dibongkarkan media tempatan dengan tajuk "Papa Minta Saham" yang menyebabkan Joko dan Jusuf berang serta mahu kes itu dibawa ke muka pengadilan bagi membersihkan nama mereka.
Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Sudirman Said kemudian membuat aduan kepada MKD untuk menafikan penglibatan presiden dan naib presiden yang didakwa meminta saham syarikat cari gali bijih.
Presiden Direktor PT Freeport Indonesia, Maroef Sjamsoeddin pula menyerahkan pita rakaman perbualannya kepada MKD yang memetik Novanto menyebut "Ada permintaan saham Freeport yang diperuntukkan untuk presiden dan wakil presiden" sebagai syarat untuk melanjutkan kontrak Freeport di Indonesia.
Novanto sebelum itu turut menafikan penglibatannya menggunakan nama presiden dan naib presiden meminta saham dari syarikat berkenaan.
Dalam perbicaraan MKD yang disertai beberapa wakil rakyat akhirnya membuat keputusan bahawa sememangnya terdapat kes salah laku melanggar etika, namun belum sempat hukuman dikenakan terhadap Novanto, wakil rakyat dari parti Golkar berkenaan menghantar surat peletakan jawatan.
Sementara itu, laporan media tempatan memetik Jusuf sebagai berkata beliau menghargai tindakan Novanto tetapi menyifatkannya agak terlambat kerana sepatutnya peletakan jawatan itu dibuat lebih awal sebelum terjerat dengan kes di MKD.
Bernama
Thu Dec 17 2015

Setya Novanto meletak jawatan setelah didapati terbabit dalam kes melanggar kod etika kerana meminta saham dari sebuah syarikat menggunakan nama Presiden Joko Widodo. - Foto Reuters

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Setya Novanto letak jawatan
Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) Setya Novanto meletak jawatan setelah didapati terbabit dalam kes melanggar kod etika.