Menerusi hantaran di X, beliau berkata tindakan itu menyumbang kepada serangan yang membawa kepada kemusnahan di Gaza.
Ujarnya, tindakan itu juga menyebabkan Israel memusnahkan hospital terakhir di Gaza Utara dan melancarkan serangan di Yaman, yang turut melibatkan situasi di mana Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) nyaris tercedera.
Menurut media antarabangsa, Zarah sebelum ini menggesa Setiausaha Luar UK, David Lammy, untuk melaksanakan sekatan senjata yang menyeluruh terhadap Israel.
Ini termasuk menghentikan pembekalan komponen jet pejuang F-35.
Seruan itu senada dengan desakan 18 badan amal UK, termasuk Medical Aid for Palestinians, OXFAM GB dan Save The Children UK, yang menandatangani kenyataan bersama, menyeru penghentian semua pemindahan senjata ke Israel.
Zarah turut lantang mengkritik pendirian partinya dengan menyeru tindakan lebih tegas susulan tekanan rakyat UK terhadap Parti Buruh yang dilihat menyokong Israel sejak konflik Gaza tercetus.
Selain Zarah, kumpulan Ahli Parlimen Independent Alliance, termasuk bekas pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn, turut mengeluarkan kenyataan mengutuk penjualan senjata tersebut.