JAKARTA: Amerika Syarikat berjanji menyokong ASEAN dalam menyelesaikan krisis di Myanmar, di saat junta tentera bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan sejak rampasan kuasa 2021.
"Amerika Syarikat akan terus menekan rejim itu bagi menamatkan keganasan demi membebaskan semua individu yang ditahan secara tidak adil, dan untuk mengembalikan semula Myanmar kepada demokrasi inklusif," kata Naib Presiden AS Kamala Harris kepada sidang kemuncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Jakarta pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Washington akan terus menzahirkan "hubungan yang berkekalan dan penting antara Amerika Syarikat dan Asia Tenggara", katanya.
Tentera Myanmar merampas kuasa pada Februari 2021, menggulingkan pemimpin yang dipilih secara demokratik Aung San Suu Kyi.
Pemenang Hadiah Keamanan Nobel sejak itu telah ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara.
Myanmar kini hampir terasing sepenuhnya di peringkat antarabangsa.
Ahli junta tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat ASEAN, dengan isu itu menjadi agenda utama sekali lagi pada sidang kemuncak tahun ini.
AS akan "terus menyokong konsensus lima perkara ASEAN secara lebih meluas", kata Harris, merujuk kepada rancangan yang dirangka oleh anggota ASEAN pada 2021 untuk menyelesaikan krisis Myanmar.
Ia menetapkan keganasan segera dihentikan dan menyeru dialog antara semua pihak yang terlibat dalam konflik.
Pihak junta telah mengabaikan rancangan itu.
Pemimpin 10 negara anggota ASEAN sedang bermesyuarat di ibu negara Indonesia sehingga Khamis.
Selain Harris, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Perdana Menteri China Li Qiang juga telah mengambil bahagian dalam persidangan tiga hari itu.
Kerjasama di Laut China Selatan, kemampanan, kerjasama ekonomi, hak asasi manusia dan keselamatan siber juga termasuk dalam agenda itu.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Wed Sep 06 2023
Harrris berkata, Washington akan terus menzahirkan 'hubungan yang berkekalan dan penting antara Amerika Syarikat dan Asia Tenggara'. - Gambar Bernama
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Konflik Myanmar: Malaysia kecewa lima perkara konsesus ASEAN masih tertangguh - Saifuddin
Sudah enam bulan konflik di Myanmar, namun tiada bantuan kemanusiaan yang berjaya di hantar ke negara berkenaan.