KUALA LUMPUR: Tatkala Palestin masih bergelut dengan wabak COVID-19, serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza sejak 10 Mei lalu, menambahkan lagi kesengsaraan dan sistem penjagaan kesihatan kini di ambang kehancuran.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Medhat Abbas ketika dihubungi Bernama pada Selasa berkata hospital di Gaza kini sesak dan mengalami kekurangan bekalan ubat-ubatan akibat kepungan dan sekatan Israel yang dikenakan sejak 15 tahun lalu.
Beliau memberi amaran andai jumlah mangsa cedera semakin bertambah, semua 2,200 katil hospital yang ada di Gaza tidak berupaya lagi menampung jumlah pesakit.
BACA SEMUA BERHUBUNG KONFLIK PALESTIN-ISRAEL DI SINI
"Sebilangan besar pesakit dirawat di bilik kecemasan dan kemudian balik ke rumah tetapi dengan peningkatan jumlah pesakit setiap hari, sukar untuk saya bayangkan.
"Kami sudah ada 2,000 pesakit sejak lapan hari serangan dengan sekurang-kurangnya 40 peratus terpaksa dimasukkan ke wad," katanya sambil menambah beberapa katil tambahan terpaksa diletakkan di koridor hospital.
Menurut bekas ketua pengarah Hospital Al Shifa itu hospital mungkin kehabisan elektrik berikutan tindakan Israel memotong bekalan dan menyekat penghantaran bahan bakar ke Gaza.
"Biasanya kami menerima 140 megawatt tetapi sekarang hanya dapat 20 megawatt kerana Israel telah menyerang dan memusnahkan sebagian besar infrastruktur di Semenanjung Gaza. Sekarang kami tidak mempunyai elektrik dan bahan bakar untuk kegunaan generator di hospital, "katanya.
Selain mangsa yang cedera akibat serangan Israel, Dr Medhat berkata pesakit dengan pelbagai jenis penyakit lain turut sukar untuk mendapatkan akses rawatan di Semenanjung Gaza, satu daripada daerah berpenduduk paling padat di dunia dengan dua juta penduduk.
Katanya, amat memilukan apabila seorang pesakit kanser yang sepatutnya menjalani rawatan radioterapi di luar Semenanjung Gaza meninggal dunia apabila tidak dapat ke hospital akibat sekatan.
"Malah ada pesakit buah pinggang yang telah menjalani prosedur pemindahan ginjal tidak dapat melakukan rawatan susulan kerana rawatan yang diperlukan tidak terdapat (di Gaza).
"Terima kasih kepada Mesir kerana telah membuka hospital lapangan dan pada Isnin mereka telah menerima tiga pesakit kami. Tetapi bagaimana pula dengan yang lain?," katanya.
Dr Medhat berkata kemudahan kesihatan di Gaza musnah akibat serangan Israel, termasuk Beit Hanoun Hospital dan Indonesian Hospital serta pusat kesihatan, Hala Al Shwa dan Al Daraj.
"Pada Isnin, mereka telah menyerang sebuah daerah dekat dengan ibu pejabat Kementerian Kesihatan yang menempatkan klinik Al Rimal antara klinik terbesar. Enam rakan saya turut cedera," katanya.
Serangan udara rejim Israel juga memusnahkan satu-satunya makmal di Gaza yang memproses keputusan ujian COVID-19 dan pusat kuarantin.
Setakat ini, Palestin melaporkan 304,074 kes COVID-19 dan 3,437 kematian.
Dr Medhat berkata dua rakannya, Dr Ayman Abu al-Ouf dan Dr Mooein Ahmad al-Aloul, turut terkorban ketika rejim itu menyerang kawasan yang dikepung.
Dr Mooein, 66, pakar neurologi, terbunuh di rumahnya ketika Israel membedil peluru berpandu di daerah al-Wehda di Gaza pada pagi Ahad, manakala Dr Ayman, ketua perubatan hospital di Al-Shifa maut bersama isteri dan anak perempuannya.
"Dr Ayman banyak membantu mengajar doktor untuk menjadi pakar. Beliau antara tokoh terkemuka di Palestin, mengetuai rawatan COVID-19 di Gaza. Anak perempuannya dijadual melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
"Pertahanan awam tidak mempunyai cukup peralatan akibat kepungan itu, menyebabkan mereka tidak dapat mengeluarkan mayat yang tertimbus di bawah runtuhan," katanya.
Ujarnya jalan menuju ke hospital utama di Gaza musnah menyebabkan ambulans terpaksa mengambil masa lebih lama untuk membawa mangsa cedera ke hospital.
Sejak sembilan hari lalu, serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza telah meragut lebih 213 nyawa rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021

Hospital di Gaza kini sesak dan mengalami kekurangan bekalan ubat-ubatan akibat kepungan dan sekatan Israel yang dikenakan sejak 15 tahun lalu. - Foto Chris Young/The Canadian Press via AP
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penyelesaian dua negara satu-satunya cara capai keamanan - Menteri Luar Sepanyol
Albares juga telah mengambil langkah drastik menghentikan pemberian lesen bagi aktiviti peng-eksportan senjata ke Israel sejak 7 Oktober lalu.

Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel
Perdana Menteri berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.

'Pembunuhan beramai-ramai mesti dihentikan' di Gaza - Tedros
Beliau berkata jumlah mangsa yang terkorban di kawasan yang dikepung dalam tempoh lebih dua bulan adalah "menakutkan."

Sekurang-kurangnya 61 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt
Pada 7 Okt sahaja, enam wartawan maut manakala pada 18 Nov lima dilaporkan terbunuh.

Singapura keluarkan nasihat perjalanan ke Israel, Palestin
Singapura mengeluarkan nasihat perjalanan mengelak semua perjalanan ke Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan sempadan Israel dengan Semenanjung Gaza, Lubnan dan Syria.

Raja Jordan, Presiden UAE gesa tindakan untuk hentikan konflik Palestin-Israel
Raja Jordan Raja Abdullah II dan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan telah membincangkan peningkatan aktiviti ketenteraan yang berbahaya di Gaza.

China harap rundingan damai Palestin-Israel disambung semula
China memandang berat situasi keselamatan di Tebing Barat yang kian meruncing dan konflik kekerasan yang semakin parah ketika ini.

Sistem penjagaan kesihatan Gaza? Di ambang kehancuran!
Tatkala Palestin masih bergelut dengan wabak COVID-19, serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza menambahkan lagi kesengsaraan dan sistem penjagaan kesihatan kini di ambang kehancuran.