LONDON: Rangkaian perkhidmatan pengangkutan United Kingdom sekali lagi melancarkan mogok baharu bermula Khamis, dengan ketua kesatuan memberi amaran bahawa mogok boleh berterusan "selama-lamanya" melainkan tuntutan mereka dipenuhi.
Beribu-ribu pekerja di seluruh UK memulakan mogok empat hari berikutan pertikaian mengenai suasana kerja dan gaji tidak setimpal, lapor Agensi Anadolu.
Para penumpang di seluruh negara, termasuk ibu kota London, dinasihatkan supaya tidak melakukan perjalanan menggunakan perkhidmatan itu melainkan perlu berbuat demikian.
Pekerja yang mengambil bahagian dalam mogok itu sebahagian besarnya daripada Network Rail, Transport for London, London Buses dan perkhidmatan pengangkutan lain termasuk beberapa ahli kesatuan sekerja.
Setiausaha Agung Kesatuan Kereta Api, Maritim dan Pengangkutan (RMT), Mick Lynch, menuduh kerajaan melaksanakan "dasar sengaja melengahkan pertikaian itu atas kepentingan politik."
Dalam surat kepada Setiausaha Pengangkutan Grant Shapps, beliau berkata kerajaan menggunakan "wang pembayar cukai untuk menyelamatkan syarikat kereta api swasta," setelah menderma lebih GBP120 juta (US$143 juta) setakat ini, mengikut pengiraan kesatuan itu.
Terdahulu, ketua RMT berkata Network Rail "tidak membuat sebarang penambahbaikan terhadap tawaran gaji mereka sebelum ini dan syarikat pengendali kereta api juga tidak memberi sebarang tawaran baharu kepada kami."
Ahli kesatuan RMT dan Unite juga akan meninggalkan stesen tiub London Underground dan depoh bas pada Jumaat dalam pertikaian berasingan mengenai gaji.
Pada Sabtu, pekerja kereta api termasuk pemandu kereta api, konduktor dan kakitangan platform, bersama-sama kesatuan bas London United, akan melakukan 'walkout' yang akan menjejaskan rancangan perjalanan ramai orang pada hujung minggu.
Kesatuan itu mendakwa pekerja mereka terjejas teruk akibat krisis kos sara hidup, dengan inflasi mencecah 10 peratus, paras tertinggi sejak 40 tahun manakala gaji sebenar menyaksikan penurunan mendadak.
Pada Jun, tindakan 'walkout' beramai-ramai oleh ahli kesatuan RMT telah menjadi antara mogok perkhidmatan pengangkutan terbesar di UK dalam tempoh 30 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022

Beribu-ribu pekerja di seluruh UK memulakan mogok empat hari berikutan pertikaian mengenai suasana kerja dan gaji tidak setimpal. - REUTERS

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sistem pengangkutan UK hadapi gangguan, dengan amaran mogok boleh berterusan 'selama-lamanya'
Rangkaian perkhidmatan pengangkutan United Kingdom sekali lagi melancarkan mogok baharu bermula Khamis, dengan ketua kesatuan memberi amaran bahawa mogok boleh berterusan "selama-lamanya".