SINGAPURA: Pada Khamis, seorang lelaki warga Malaysia adalah antara 16 lagi orang yang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di Singapura.
Dengan sekatan perjalanan rentas sempadan, Singapura menetapkan beberapa prosedur bagi membolehkan mayat warga asing yang meninggal dunia akibat COVID-19 dibawa pulang termasuk untuk rakyat Malaysia yang tinggal di republik itu.
Menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), ahli keluarga atau waris dinasihati untuk melakukan upacara pembakaran mayat sebelum membawa pulang abu mayat kembali ke negara asal mereka.
"Tiada permit khas diperlukan untuk membawa pulang abu mayat," kata jurucakap agensi itu menerusi e-mail jawapan kepada BERNAMA, hari ini.
Agensi berkenaan diajukan soalan selepas seorang lelaki Malaysia adalah antara 16 lagi korban terbaharu akibat kompilasi jangkitan COVID-19 di Singapura pada 21 Okt.
Bagi prosedur membawa pulang mayat keluar dari Singapura, NEA menegaskan, Permit Keranda (Export) yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Pelabuhan, perlu diperoleh.
"Waris juga perlu mengemukakan kelulusan daripada negara yang bakal menerima mayat itu," kata NEA, badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Kelastrian.
"Oleh kerana proses mengawet mayat bagi korban jangkitan COVID-19 tidak dibenarkan, waris perlu menggunakan kaedah lain untuk pemuliharaan yang diluluskan oleh negara penerima serta syarikat penerbangan atau pengangkutan," jelasnya.
NEA adalah agensi yang menyediakan khidmat pembakaran mayat, pengebumian, rumah penyimpanan abu mayat serta turut memberikan khidmat menabur abu mayat di republik itu.
Pengurus perkhidmatan pengurusan jenazah dari Syarikat Jasa Budi Muslim Casket and Marble Contractor, Jameela Bee Md Ismail, ketika dihubungi Bernama berkata, syarikatnya pernah diminta menguruskan jenazah warga asing yang meninggal dunia akibat COVID-19.
"Ia membabitkan rakyat Bangladesh. Ketika itu tiada kapal terbang yang sedia mengangkut jenazah berkenaan. Kami terpaksa mengebumikannya di sini," katanya sambil menjelaskan, kelulusan perlu diperoleh daripada pihak berkaitan termasuk waris dan pegawai kedutaan.
Jameela Bee berkata, proses pengebumian bagi jenazah Islam yang meninggal dunia akibat COVID-19 adalah lebih mahal, dan kos menjadi lebih tinggi buat warga asing.
Beliau berkata kos untuk pengebumian mangsa COVID-19 adalah antara S$2,000 hingga S$5,000 bergantung kepada jumlah tenaga kerja yang diperlukan berbanding jenazah biasa di antara S$1,500 hingga S$1,600.
Sementara itu, pengarah perkhidmatan pengebumian The Life Celebrant, Dennis Wong, berkata syarikatnya menguruskan beberapa kes COVID-19 sejak beberapa bulan lalu tetapi tidak pernah terbabit dalam penghantaran pulang jenazah ke negara lain.
"Menurut protokol sekarang, proses mengawet tidak lagi dibenarkan," katanya sambil menambah, beliau juga berharap pihak berkuasa akan memaklumkan prosedur pengurusan mayat mangsa COVID-19 sebelum ia dihantar keluar dari Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
Bagi prosedur membawa pulang mayat keluar dari Singapura, Permit Keranda (Export) yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Pelabuhan, perlu diperoleh. - Foto Twitter/@ChannelNewsAsia
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.