Singapura sahkan tiga lagi kes positif koronavirus

Agensi
Januari 29, 2020 19:55 MYT
Kesemua pesakit sedang dirawat di NCID. - Gambar fail
Singapura mengesahkan tiga lagi kes jangkitan positif novel koronavirus (2019-nCoV), menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus tersebut kepada 10.
Memetik laporan Channel News Asia, ketiga-tiga kes tersebut melibatkan individu warganegara China dari Wuhan.
"Ini konsisten dengan penilaian kami bahawa dijangka lebih banyak kes-kes yang diimport dari wilayah Hubei. Ketika ini tiada bukti sebaran (jangkitan) dalam kalangan komuniti di Singapura," kata Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
Menurut kementerian tersebut, kes kelapan melibatkan pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 56 tahun.
Mereka tiba di Singapura pada 19 Januari lalu dan sedang dirawat di wad pengasingan Pusat Rawatan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID).
Sementara itu kes yang kesepuluh pula merupakan seorang individu lelaki yang juga berusia 56 tahun dan sedang dirawat di NCID.
#China #coronavirus #Hubei #koronavirus #novel koronavirus #Singapura #virus Wuhan #warga china #Wuhan
;