SINGAPURA: Singapura dalam proses memansuhkan Akta Hasutan yang digubal 83 tahun lepas, satu akta yang menetapkan kesalahan jenayah bagi perbuatan mempunyai unsur hasutan.
Rang Undang-Undang (Dimansuhkan) Hasutan itu dibentang untuk bacaan pertama di Parlimen pada 13 Sept dan bacaan kedua pada 5 Okt, akan memansuhkan Akta tersebut, dan bakal memasukkan pindaan yang berkaitan untuk beberapa akta lain.
Akta tersebut, antara lain, turut memberi kuasa kepada Mahkamah Singapura untuk memansuhkan penerbitan akhbar yang mengandungi hasutan dan melarang pengedaran penerbitan yang menghasut.
Pada bacaan pertama RUU itu, Kementerian Dalam Negeri (MHA) republik itu memaklumkan Akta Hasutan telah digunakan pada masa lepas untuk menangani pelbagai bentuk tingkah laku yang dapat melemahkan struktur sosial Singapura dan merosakkan institusinya.
Sejak bertahun-tahun, menurut MHA undang-undang baharu telah diperkenalkan untuk menangani masalah ini dengan lebih tersusun dan bersasar.
Ini termasuk beberapa akta iaitu 'Maintenance of Religious Harmony Act', 'Online Falsehoods and Manipulation Act 2019', 'Administration of Justice (Protection) Act 2016', the 'Undesirable Publications Act', 'Newspaper and Printing Presses Act' dan peruntukan khas di bawah Kanun Keseksaan.
"Oleh itu, Akta Hasutan adalah terhad dan boleh dimansuhkan," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, dalam bacaan kedua RUU, Menteri Dalam Negeri K Shanmugam berkata beberapa aspek penting dalam Akta Hasutan sudah lama tidak relevan dan sesuai.
Sebagai contoh, Shanmugam yang juga Menteri Undang-Undang Singapura berkata kecenderungan untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan tidak seharusnya dianggap sebagai satu perbuatan jenayah.
Beliau berkata undang-undang Hasutan pertama kali diperkenalkan di Singapura melalui Ordinan Hasutan 1938 ketika Singapura di bawah jajahan British.
Akta Hasutan sedia ada, berasal daripada Ordinan Hasutan 1948, diperkenalkan British kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1948, antaranya bertujuan menghalang penentangan tempatan terhadap pemerintahan penjajah Inggeris, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Rang Undang-Undang (Dimansuhkan) Hasutan itu dibentang untuk bacaan pertama di Parlimen pada 13 Sept dan bacaan kedua pada 5 Okt. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.
Dua rakyat Malaysia cedera terlibat kemalangan di Singapura, seorang di ICU
Dua rakyat Malaysia sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Ekspreswe Seletar (SLE), Isnin malam.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan bincang dengan Singapura ubah laluan kenderaan komersial
Kerajaan sedang mempertimbang kesesuaian mengubah laluan kenderaan komersial dari Stesen Woodlands ke Tuas sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama cegah, tangani jenayah rentas sempadan
Ia bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Malaysia-Singapura tingkat kerjasama jenayah rentas sempadan, tambah elemen jenayah siber
Malaysia dan Singapura akan terus memperkukuh kerjasama bagi membanteras jenayah rentas sempadan dengan menambah elemen jenayah siber selari dengan keperluan semasa.
Singapura perkenal undang-undang perkukuh perlindungan terhadap diskriminasi di tempat kerja
Rang Undang-Undang Keadilan di Tempat Kerja telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, pada Selasa.
Pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands dijangka sesak ketika cuti hujung tahun
ICA menasihati pengembara untuk mengambil kira masa menunggu tambahan dari 15 Nov hingga 1 Jan 2025, terutamanya pada hujung minggu.
Warga Singapura tikam paderi, didakwa di mahkamah
Seorang lelaki warga Singapura didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya terhadap seorang paderi.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.