SINGAPURA: Seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan cara kerja pembantu rumahnya, didapati kerap melepaskan kemarahan dengan cara memukul dan melempangnya sesuka hati.
Channel NewsAsia melaporkan, akibat perbuatan berkenaan, majikan itu, Zhao Lin, 35, telah dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda S$1,000 (RM3,197), pada Isnin.
Dia mengaku bersalah bulan lalu atas empat dakwaan menyebabkan kesakitan secara sengaja dan satu tuduhan salah laku dengan merosakkan telefon bimbit yang digunakan mangsa untuk menghubungi keluarga.
Terdapat lagi empat pertuduhan sedang dipertimbang untuk dijatuhkan hukuman.
Mahkamah diberitahu, mangsa yang merupakan seorang warga Myanmar, mula bekerja untuk Zhao pada Februari 2016. Zhao merupakan majikan pertamanya.
Tugas mangsa antaranya adalah menjaga anak lelaki Zhao, yang berusia empat tahun ketika itu.
Zhao mula mendera mangsa pada tahun 2017 dengan memukulnya, hanya kerana kesalahan sewaktu berkerja atau kerana perbuatannya yang tidak disenangi.
Zhao malah menolak sebanyak S$100 hingga S$200 (RM319 hingga RM639) daripada gaji pembantu rumahnya yang berjumlah S$500 (RM1,600) setiap bulan bagi setiap kesalahan sewaktu bekerja, seperti memecahkan pinggan mangkuk walaupun tanpa sengaja.
Dalam satu kejadian pada 25 Ogos 2018, dan terakam dalam sistem kamera litar tertutup, Zhao telah menuduh mangsa tidak menyimpan permainan anaknya dengan betul. Dis telah memaksa pembantu rumahnya itu berdiri tegak lalu melempangnya sekuat hati sebanyak 10 kali.
Selepas melempangnya, Zhao berkata: “Saya akan terus melempang kamu, sampai kamu berasa sangat, sangat takut!”
Pada sebelah paginya, Zhao melempang lagi mangsa sebanyak 10 kali sebagai ‘hukuman’ terlupa membasuh beberapa pakaian.
Setiap kali didera sebegitu, mangsa hanya menangis dan tidak melawan kerana bimbang akan nasibnya.
Penderaan itu berterusan untuk semua perkara, termasuk cara membersih rumah dan penjagaan anaknya.
Ada beberapa insiden, mangsa bukan saja dilempang, malah dipukul dan ditendang, selain dimaki hamun.
Perbuatan Zhao akhirnya diketahui polis apabila mangsa yang sudah tidak tahan dengan penderaan tersebut lalu menghubungi pihak polis.
Agensi
Mon May 30 2022
![Sikit-sikit nak lempang... Kerap sakiti pembantu rumah, wanita dipenjara 5 bulan, didenda S$1,000 Sikit-sikit nak lempang... Kerap sakiti pembantu rumah, wanita dipenjara 5 bulan, didenda S$1,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653887025_SingaporeMaids.jpg)
Mahkamah diberitahu, mangsa yang merupakan seorang warga Myanmar, mula bekerja untuk Zhao pada Februari 2016. - Foto: Channel NewsAsia
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Dr Say, polis serbu bilik pembantu rumah, kantoi dua lelaki menyorok dalam selimut Dr Say, polis serbu bilik pembantu rumah, kantoi dua lelaki menyorok dalam selimut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722387983_DRSAY.jpg)
Dr Say, polis serbu bilik pembantu rumah, kantoi dua lelaki menyorok dalam selimut
"Saya layan seperti manusia, tapi layanan binatang mereka beri..."
![Lelaki, dua pembantu rumah ditahan disyaki edar dadah Lelaki, dua pembantu rumah ditahan disyaki edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718185959_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Lelaki, dua pembantu rumah ditahan disyaki edar dadah
Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita pembantu rumah warga asing serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM16,308 dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, Sabtu lepas.
![Amah bukan 'punching bag' untuk lepaskan geram - Hakim Amah bukan 'punching bag' untuk lepaskan geram - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Amah bukan 'punching bag' untuk lepaskan geram - Hakim
Seorang akauntan wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan didenda RM12,000 atas pertuduhan mengekplotasi dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sekitar Februari hingga Mei 2021.
![Empat ahli keluarga Hinduja dijatuhi hukuman penjara kerana eksploitasi pembantu rumah Empat ahli keluarga Hinduja dijatuhi hukuman penjara kerana eksploitasi pembantu rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719050434_hinduja.jpg)
Empat ahli keluarga Hinduja dijatuhi hukuman penjara kerana eksploitasi pembantu rumah
Keluarga Hinduja membayar gaji rendah dan menyekat kebebasan pekerja yang diambil terus dari India untuk bekerja di rumah mewah mereka di Lake Geneva.
![73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan 73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718878635_tbpemerdaganganmanu.jpg)
73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Tujuh puluh tiga individu termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dieksploitasi menjadi buruh paksa.
![Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718283720_PDRM.jpg)
Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.
!['Pembantu rumah dilayan seperti binatang, gaji tak dibayar' 'Pembantu rumah dilayan seperti binatang, gaji tak dibayar'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/71444445469_PolisLogo.jpg)
'Pembantu rumah dilayan seperti binatang, gaji tak dibayar'
Mangsa bertugas mencuci tandas sahaja dan selesai melakukan tugasan, mangsa akan dikurung semula di balkoni rumah.
![Tiga ejen pembantu rumah ditahan, eksploitasi wanita Indonesia Tiga ejen pembantu rumah ditahan, eksploitasi wanita Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710576249_ejenpembanturumah.jpg)
Tiga ejen pembantu rumah ditahan, eksploitasi wanita Indonesia
Operasi itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi, Bah
![Wanita Indonesia dakwa didera majikan kerana mahu pulang Wanita Indonesia dakwa didera majikan kerana mahu pulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670761848_ACPRaubSelamat.jpg)
Wanita Indonesia dakwa didera majikan kerana mahu pulang
Seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dirinya didera majikan telah diserahkan kepada pihak kedutaan bagi tindakan lanjut.
![Polis tahan pembantu rumah Indonesia bantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki Polis tahan pembantu rumah Indonesia bantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703940930_LogoPDRM.jpg)
Polis tahan pembantu rumah Indonesia bantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki
Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di belakang rumah jiran majikannya, di Taman Mutiara pada 30 Dis lepas.