WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Rusia Vladimir Putin pada Selasa mengadakan panggilan video membincangkan pelbagai isu dua hala serta krisis Ukraine dan perjanjian nuklear Iran, lapor agensi berita Xinhua.
Biden "menyuarakan kebimbangan mendalam" AS dan sekutu Eropahnya tentang "peningkatan kuasa Rusia di sekeliling Ukraine dan menjelaskan bahawa AS dan Sekutunya akan bertindak balas dengan langkah ekonomi yang kukuh dan lain-lain sekiranya berlaku peningkatan tindakan ketenteraan," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu.B
Biden mengulangi sokongannya terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine dan menyeru agar pencerobohan dihentikan dan kembali kepada diplomasi, kata kenyataan itu.
"Kedua-dua presiden menugaskan pasukan masing-masing untuk membuat perbincangan susulan, dan AS akan berbuat demikian menerusi penyelarasan rapat dengan sekutu dan rakan kongsi," katanya.
Kenyataan itu menyebut kedua-dua Presiden juga membincangkan dialog AS-Rusia mengenai Kestabilan Strategik, satu dialog berasingan mengenai perisian ransomware, serta kerjasama mengenai isu serantau seperti Iran.
Sementara itu, menurut kenyataan Kremlin, kedua-dua pemimpin dilaporkan akan memfokuskan kepada krisis dalaman di Ukraine semasa perbincangan bersemuka kedua mereka dalam tempoh enam bulan.
Putin, menggunakan contoh khusus, menjelaskan kepada Biden mengenai "dasar pemusnah" kerajaan Ukraine dan menyatakan "kebimbangan seriusnya mengenai tindakan provokatif Kyiv terhadap Donbass."
Putin juga menegaskan yang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melakukan percubaan berbahaya untuk "menakluk wilayah Ukraine" dan sedang meningkatkan kehadiran tenteranya berhampiran sempadan Rusia.
Putin meminta Biden memberi jaminan bahawa NATO tidak akan mengembangkan kuasa ke arah timur dan tidak menggunakan senjata serangan berhampiran Rusia.
Sebagai syarat untuk membaiki hubungan dua hala, Putin menawarkan Biden agar menarik balik semua sekatan yang dikenakan ke atas fungsi misi diplomatik Rusia dan AS.
Biden dan Putin mengadakan pertemuan secara bersemuka pertama mereka dalam sidang kemuncak di Geneva pada Jun dan berbincang melalui panggilan telefon pada Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
Kedua-dua Presiden juga membincangkan dialog AS-Rusia mengenai Kestabilan Strategik, satu dialog berasingan mengenai perisian ransomware, serta kerjasama mengenai isu serantau seperti Iran. - AP
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Konflik Rusia-Ukraine: Eropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan misil jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia yang telah mencetuskan kemarahan Moscow.
Biden dijadual lawat Amazon, lawatan bersejarah bagi Presiden AS
Joe Biden dijadual melawat hutan hujan Amazon sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Amerika Selatan.
Pasca AS Memilih: Biden, Trump akan bertemu di Pejabat Oval pada Rabu
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan menerima kunjungan Donald Trump, yang bakal menjadi penggantinya di Pejabat Oval.
Prabowo bertemu Joe Biden, sedia kukuhkan kerjasama
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bertemu Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, di White House pada Selasa.
Trump, Putin berbincang ketika Biden merancang untuk melobi Trump agar terus sokong Ukraine
Donald Trump menasihati Vladimir Putin agar tidak meningkatkan peperangan di Ukraine.
Donal Trump akan bertemu Joe Biden di Pejabat Oval pada Rabu
Mesyuarat di White House merupakan tradisi dalam pentadbiran Washington - kecuali pada 2020 apabila Trump kalah dalam pilihan raya menentang Biden.
Biden seru 'peralihan kuasa yang aman dan teratur' susulan kemenangan Trump
Biden telah berbincang dengan Trump untuk meyakinkan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangannya pastikan peralihan berjalan lancar.
Biden puji Harris 'juara untuk semua rakyat Amerika'
Kisah hidup Harris mencerminkan yang terbaik dari kisah Amerika, kata Biden memuji Naib Presidennya itu.
Biden ucap tahniah, jemput Trump ke White House bincang peralihan kuasa
Joe Biden "menyatakan komitmennya untuk memastikan peralihan kuasa yang lancar."
Tinjauan CNN: Penarafan kelulusan Biden merosot ketika pengundi luahkan ketidakpuasan
Penarafan kelulusan Presiden AS, Joe Biden yang bakal berundur menunjukkan penurunan di seluruh negara.