PEMIMPIN negara Kumpulan 20 (G-20) setuju meneruskan usaha untuk menghadkan pemanasan global dengan tindakan berkesan dan bermakna.
Namun, tiada komitmen besar dipersetujui di peringkat sidang kemuncak kali ini, seperti yang diharapkan.
Itali selaku negara penganjur, sebelum ini berharap sidang G20 akan menetapkan penanda aras lebih tegas bagi sidang kemuncak perubahan iklim COP26 di Glasgow.
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson menyifatkan komitmen tanpa sebarang tindakan sebagai sia sia.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengakui beberapa siri pertemuan menghasilkan komitmen positif.
Namun, ketiadaan Rusia dan China, pengeluar gas hijau terbesar dunia, sesuatu yang mengecewakan.
"Kekecewaan ini adalah berkaitan hakikat Rusia dan China tidak menyatakan sebarang komitmen dari segi langkah menangani perubahan iklim.
"Ada sebab mengapa penduduk dunia harus rasa kecewa, seperti kekecewaan yang saya rasakan.
"Namun, apa yang berjaya kami lakukan ialah, kami telah luluskan beberapa perkara untuk menamatkan subsidi arang batu. Kami memberikan komitmen untuk dibawa ke G26," kata Biden.
G-20 dianggotai 90 negara dan Kesatuan Eropah, bertanggungjawab untuk 80 peratus pengeluaran gas hijau dunia.
Kenyataan akhir yang dikeluarkan pemimpin blok berkenaan juga tidak menyatakan sebarang komitmen untuk mencapai sifar pengeluaran gas hijau menjelang 2050.
Kadar sifar merujuk kepada pengurangan gas rumah hijau sebanyak yang mungkin.
Astro Awani
Mon Nov 01 2021
Joe Biden bercakap pada sidang media di penghujung sidang kemuncak G-20 di Rom, 31 Okt, 2021. (Foto AP)
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Tindakan pantas anggota tentera selamatkan empat remaja hampir lemas
Tindakan pantas seorang anggota tentera berjaya menyelamatkan empat remaja daripada lemas selepas sampan dinaiki mereka karam di sebuah tasik di Puncak Alam.
KKR lulus permohonan selenggara lampu jalan, lampu isyarat di Sabah
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan keseluruhan permohonan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bagi penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat bagi tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM9.7 juta.
Kerajaan komited pastikan inflasi kesihatan menyederhana
Pelaksanaan projek-projek kesihatan akan mengurangkan kesan kos sara hidup, terutamanya di kawasan luar bandar melalui penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih mampu milik.
FTA Malaysia-Korea Selatan dimuktamadkan tahun depan
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea Selatan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan.
Tiga ADUN Perlis dilantik sebagai Exco, dua Exco sedia ada digugurkan
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa hari ini manakala dua EXCO sedia ada digugurkan.
RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan dalam Op Tiris 3.0 - Armizan
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS
JAIS diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam mempunyai tauliah yang dikeluarkan MAIS.
Amaran ribut petir di 9 negeri, Putrajaya dan Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di 9 negeri serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan hingga 6 petang ini.
Sidang Kemuncak G-20: Biden kecewa kurang komitmen isu pemanasan global
Itali sebelum ini berharap sidang G20 akan menetapkan penanda aras lebih tegas bagi sidang kemuncak perubahan iklim COP26 di Glasgow.
Ramai pertikai Ivanka Trump jadi wakil bapa di sidang G20
Ivanka Trump mengambil alih tempat bapanya di meja pemimpin dunia pada sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) pada Sabtu.