BANGKOK: Sidang pertama Parlimen Thailand bagi memilih Speaker Dewan pasca Thailand Memilih Mei lepas akan bermula hari ini ketika mana kebuntuan mengenai siapa calon Perdana Menteri masih belum dimuktamad.
Pemimpin Parti Prachachat, Wan Muhamad Noor Matha mendedahkan beliau masih belum dimaklumkan secara rasmi mengenai pencalonannya sebagai Speaker Dewan oleh Parti Pheu Thai.
Katanya, beliau tidak mahu jawatan itu kerana ingin kekal sebagai pemimpin Parti Prachachat dan jawatan politik penting lain.
Bagaimanapun, katanya, jika Pheu Thai benar-benar mahukan dia menjalankan tugas itu dan Parti Move Forward (MFP) meluluskannya, beliau akan menggalas tugas berkenaan demi demokrasi dan menamatkan perebutan antara dua parti gabungan utama terbabit.
Kata beliau, jika Pheu Thai benar-benar berazam untuk mencalonkannya, manakala MFP juga sependapat, ditambah rakyat bersetuju, beliau sedia menerima pencalonan.
MFP dan Pheu Thai berdepan konflik berhubung kedudukan Speaker Dewan kerana pada awalnya, kedua-dua pihak mahu mengisi kedua-dua jawatan iaitu Perdana Menteri dan Speaker Dewan.
Namun dalam perkembangan berikutnya, mereka berpendirian, adalah lebih sesuai untuk seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman dilantik sebagai Speaker Dewan.
Penganalisis politik percaya Wan Muhamad tidak berat sebelah dan pilihan terbaik untuk menamatkan konflik antara kedua parti berkenaan.
Wan Muhamad sebelum ini pernah dilantik sebagai Speaker Dewan, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan sebanyak dua kali, Menteri Pertanian dan Koperasi serta Menteri Dalam Negeri.
Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen sebanyak 11 kali dan banyak terbabit dalam menyelesaikan keganasan di wilayah paling selatan di Thailand.
Beliau juga Ahli Parlimen beragama Islam pertama yang mengisi jawatan Speaker Dewan sekitar tahun 1996 dan 2000.
Sementara itu, Setiausaha Agung MFP, Chaithawat Tulathon, enggan mengulas laporan bahawa Parti Pheu Thai akan mencalonkan Wan Muhamad bagi jawatan Speaker Dewan.
Pencalonan bagi jawatan Speaker Dewan akan berlangsung semasa sidang pertama Parlimen pada Selasa.
Pada Isnin, sesi Parlimen pertama pasca pilihan raya pada pertengahan Mei lalu dirasmikan Raja Vajiralongkorn.
Astro Awani
Tue Jul 04 2023
Parti Move Forward, Parti Pheu Thai bersetuju untuk mencalonkan Wan Muhamad Noor Matha sebagai Speaker Dewan. - Foto Twitter/Ryn J
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Move Forward buktikan masyarakat Melayu Thailand semakin terima ideologi progresif
Nasib Pita Limjaroenrat, belum tentu pasti sebagai perdana menteri, terutamanya jika dia gagal untuk dapat sekurang-kurangnya 376 sokongan.
PRU Thailand: Lebih 4,000 rakyat Thailand di Malaysia bakal mengundi dalam pengundian awal
Tempoh pengundian ditetapkan selama tujuh hari bermula 28 April hingga esok, bagi membolehkan rakyat Thailand menunaikan tanggungjawab mereka
Calon PM Thailand selamat lahirkan anak, sekarang mahu kembali ke pentas kempen
Paetongtarn Shinawatra yang baru melahirkan seorang bayi lelaki pada Isnin lalu, yakin bahawa perjuangannya bakal mendapat kemenangan besar.
Pilihan Raya Umum Thailand: 3,990 calon mendaftar pada hari pertama pencalonan
Proses pendaftaran akan dibuka sehingga Jumaat dengan calon wakil parti masing-masing mendaftar bermula Selasa.
Bekas perdana menteri dipilih Speaker Parlimen Thailand
Chuan Leekpai dari Demokrat dipilih sebagai Speaker Parlimen Thailand yang baharu.
Pilihan raya Thai: Penantian belum berakhir, pembentukan kerajaan masih jadi teka-teki
Penantian masih belum berakhir bagi warga Thai untuk mengetahui siapakah yang akan membentuk kerajaan berikutnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand tolak pencalonan Ubolratana
Pilihan raya pada 24 Mac bakal menjadi pilihan raya pertama dijalankan sejak rampasan kuasa oleh tentera pada 2014.