KUALA LUMPUR: Kira-kira 4,656 rakyat Thailand yang berdaftar sebagai pengundi luar negara dan menetap di Malaysia dijangka mengundi dalam pengundian awal menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Thailand yang dijadual pada 14 Mei.
Kedutaan Diraja Thailand di Kuala Lumpur dan Konsulat Jeneral di Pulau Pinang dan Kota Bharu menetapkan tempoh pengundian selama tujuh hari bermula 28 April hingga esok, bagi membolehkan rakyat Thailand menunaikan tanggungjawab mereka mengundi di lokasi yang ditetapkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Bharu, Sarawak atau Johor.
Duta Thailand ke Malaysia, Lada Phumas, berkata daripada jumlah itu, seramai 3,668 pengundi telah berdaftar dengan Kedutaan Diraja Thailand dan daripada jumlah itu seramai 2,992 mengundi di kedutaan itu, bermula hari ini hingga esok, dari 9 pagi hingga 6 petang.
"Sehingga pukul 1.30 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 17 peratus atau kira-kira 500 pengundi... walaupun hari bekerja tetapi peratusan keluar mengundi dilihat memberangsangkan...
"Esok Hari Wesak, cuti umum di Malaysia, jadi kami menjangkakan lebih ramai lagi pengundi akan hadir dan kami berharap dapat mencapai 100 peratus peratusan keluar mengundi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedutaan, hari ini.
Bagi konsulat di Pulau Pinang, duta itu berkata pengundian diadakan pada 29 hingga 30 April, dengan 592 warga Thailand atau 86 peratus daripada jumlah 688 pengundi berdaftar telah menunaikan kewajipan mereka.
Sementara itu, proses pengundian di konsulat di Kota Bharu diadakan pada 30 April lalu menyaksikan 241 (80.3 peratus) daripada 300 pengundi berdaftar telahpun mengundi.
Beliau menambah, dua unit bergerak turut digerakkan untuk pengundi di Kuching, Sarawak pada 28 April dan Johor Bahru pada 1 Mei, masing-masing mencatatkan 100 peratus dan 50.5 peratus keluar mengundi.
"Kami menggalakkan mereka yang mendaftar, walaupun dengan sistem unit mudah alih, jika mereka belum mengundi, mereka boleh datang ke kedutaan hari ini dan esok," katanya.
Lada berkata pihak kedutaan dijadualkan menghantar kertas undi dan dokumen berkaitan ke Thailand pada 7 Mei, sebelum tarikh akhir ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand iaitu pada 12 Mei.
Beliau berkata terdapat kira-kira 100,000 warga Thailand menetap di Malaysia dan sebahagian mereka mungkin pulang ke tanah air untuk mengundi, terutamanya yang tinggal berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
Sementara itu, pengundi kali pertama, Sirin Choomanee, 22, dari Songkhla amat teruja untuk menunaikan tanggungjawabnya.
"Saya harap perdana menteri yang akan dipilih melalui pilihan raya ini dapat membangunkan negara saya," kata penuntut Universiti Malaya itu kepada Bernama.
Arfan Sama Arlee, 34, yang sudah menetap di sini selama enam tahun, memuji pihak kedutaan kerana menambah baik proses pengundian yang hanya mengambil masa lima minit untuk mengundi.
"Berbanding pilihan raya lepas (pada 2019), kali ini proses pengundian yang dibuat pihak kedutaan sangat baik," katanya.
Sementara itu, Murni Hawae, 29, berharap untuk melihat Thailand yang lebih baik pada masa hadapan.
"Saya menyifatkan pilihan raya ini sebagai hak kita untuk memilih wakil negara dan juga di kawasan saya Pattani," katanya yang sudah dua kali mengundi sejak menetap di Malaysia lebih 10 tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

Sebahagian daripada ribuan warga Thailand membuang undi awal di salah sebuah pusat mengundi di Malaysia. - Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Move Forward buktikan masyarakat Melayu Thailand semakin terima ideologi progresif
Nasib Pita Limjaroenrat, belum tentu pasti sebagai perdana menteri, terutamanya jika dia gagal untuk dapat sekurang-kurangnya 376 sokongan.

PRU Thailand: Lebih 4,000 rakyat Thailand di Malaysia bakal mengundi dalam pengundian awal
Tempoh pengundian ditetapkan selama tujuh hari bermula 28 April hingga esok, bagi membolehkan rakyat Thailand menunaikan tanggungjawab mereka

Calon PM Thailand selamat lahirkan anak, sekarang mahu kembali ke pentas kempen
Paetongtarn Shinawatra yang baru melahirkan seorang bayi lelaki pada Isnin lalu, yakin bahawa perjuangannya bakal mendapat kemenangan besar.

Pilihan Raya Umum Thailand: 3,990 calon mendaftar pada hari pertama pencalonan
Proses pendaftaran akan dibuka sehingga Jumaat dengan calon wakil parti masing-masing mendaftar bermula Selasa.

Bekas perdana menteri dipilih Speaker Parlimen Thailand
Chuan Leekpai dari Demokrat dipilih sebagai Speaker Parlimen Thailand yang baharu.

Pilihan raya Thai: Penantian belum berakhir, pembentukan kerajaan masih jadi teka-teki
Penantian masih belum berakhir bagi warga Thai untuk mengetahui siapakah yang akan membentuk kerajaan berikutnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand tolak pencalonan Ubolratana
Pilihan raya pada 24 Mac bakal menjadi pilihan raya pertama dijalankan sejak rampasan kuasa oleh tentera pada 2014.