Shenzhen bakal haramkan amalan makan daging anjing

Agensi
Februari 28, 2020 12:29 MYT
Undang-undang itu bakal menjadi yang pertama di negara itu dan seumpamanya jika diluluskan. - Gambar hiasan
Larangan memakan daging anjing mula menjadi isu dalam kalangan aktivis haiwan susulan kebimbangan penyebaran wabak baharu COVID-19.
Sehubungan itu, sebuah bandar di China mula mencadangkan pelaksanaan undang-undang baharu bagi mempertingkatkan kesedaran keselamatan pemakanan dalam kalangan warga tempatan.
Penggubal undang-undang dari bandar Shenzen membentangkan cadangan itu Selasa lalu menerusi laman web rasmi kerajaan.
Cadangan akta itu bagaimanapun masih dalam rundingan termasuk mendapatkan kelulusan orang awam sebelum disahkan sebagai undang-undang rasmi.
Cadangan akta larangan baharu itu turut meliputi daging haiwan reptilia lain termasuk ular, katak dan kura-kura.
“Larangan tersebut adalah amalan biasa di negara maju dan menjadi keperluan sejagat dalam tamadun moden. Kami memahami keperluan (larangan itu) itu sebelum mengambil kira apakah spesis haiwan lain yang boleh disenaraikan, selain haiwan liar,” menurut kenyataan pihak pentadbiran seperti yang dilaporkan portal Daily Mail.
Dalam pada itu, pakar polisi untuk kumpulan pejuang kebajikan haiwan, Humane Society International menyambut baik cadangan pengharaman itu.
“Walaupun urus niaga di Shenzen di selatan China agak kecil berbanding wilayah lain, ia adalah lebih besar berbanding Wuhan.
"Peraturan itu adalah sangat penting dan akan memberi kesan dimino dan akan disusuli bandar lain,” kata jurucakap kumpulan itu, Peter Li.
Undang-undang itu bakal menjadi yang pertama di negara itu dan seumpamanya jika diluluskan.
Terdahulu, China mengambil langkah pengharaman sementara ekoran penularan wabak COVID-19 keseluruh dunia.
BACA: Hidupan liar jangan terus diperdagang, elak wabak, penyakit tak diundang
BACA: Larangan kekal untuk perdagangan hidupan liar, elak berulang penularan wabak - SAM
#China #coronavirus #COVID-19 #makan daging anjing #Shenzhen #Wuhan
;