China bakal memiliki sebuah hotel mewah bawah tanah pertama di dunia dua tahun lagi.
Dengan anggaran kos 500 juta yuan, kerja-kerja pembinaan struktur hotel yang terletak di Shanghai itu dijangka siap sepenuhnya pada 2015.
Hotel berkenaan dibina di sebuah jurang dikenali sebagai Tianma Shan di mana tiga tingkat bangunan hotel itu terletak di atas tanah dan 17 tingkat lagi di bawah tanah.
Hotel bertaraf lima bintang ini direka oleh Jochman Martin, yang merupakan seorang arkitek terbaik dalam pembinaan hotel.
Beliau menyediakan seni bina, struktur dan perkhidmatan kejuruteraan awam untuk hotel berkenaan.
Bagaimanapun tempoh tujuh tahun diambil bagi kerja-kerja perancangan pembinaan hotel ini, apatah lagi ia adalah hotel pertama seumpamanya di dunia.
Apabila siap kelak, hotel berkenaan akan menawarkan pelbagai tarikan antaranya kemudahan sukan lasak dan pusat pelawat.
Ia juga menyediakan pelbagai aktiviti bila siap nanti antaranya ialah bungee jumping dan aktiviti laut.
Hotel mewah ini akan turut dikelilingi taman tema yang berkeluasan hampir 1,500 meter persegi.
Astro Awani
Sun Nov 03 2013
![Shanghai bina hotel bawah tanah pertama di dunia Shanghai bina hotel bawah tanah pertama di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/41383440168_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Paip air panas hotel pecah, 5 maut Paip air panas hotel pecah, 5 maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579573767_RussiaIncident.jpg)
Paip air panas hotel pecah, 5 maut
Seorang kanak-kanak dilaporkan menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku pada Isnin di pergunungan Ural, Rusia.
![Shanghai bina hotel bawah tanah pertama di dunia Shanghai bina hotel bawah tanah pertama di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/41383440168_295x200.jpg)
Shanghai bina hotel bawah tanah pertama di dunia
Tiga tingkat bangunan hotel bertaraf lima bintang itu terletak di atas tanah dan 17 tingkat lagi di bawah tanah.