SAN DIEGO: Seekor anak aardvark yang baru dilahirkan di Zoo San Diego, Amerika Syarikat dilaporkan dalam keadaan sihat dan membesar dengan pantas, menurut pakar hidupan liar.
AP melaporkan, aardvark betina itu dilahirkan pada 10 Mei lalu dan akan terus menyusu daripada ibunya, Zola, selama kira-kira enam bulan.
Petugas khas di San Diego Zoo Wildlife Alliance terus memantau perkembangan anak aardvark itu yang merupakan kelahiran pertama dalam tempoh hampir empat dekad.
“Ia sangat aktif. Hanya beberapa jam selepas dilahirkan, ia menggunakan kukunya yang tajam untuk mengorek tanah seperti fitrah aardvark dewasa," ujar ketua pakar penjagaan haiwan liar, Cari Inserra.
Haiwan bertelinga panjang, dan masih belum tumbuh bulu itu menunjukkan peningkatan berat badan sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh lima minggu.
Ia belum diberikan nama, dan akan kekal dalam penjagaan tanpa ditunjuk kepada pengunjung zoo buat masa ini. Tempoh dua bulan diperlukan untuk memberikan ia masa yang ideal bersama induknya.
“Kami tidak sabar untuk menunjukkan haiwan ini kepada pengunjung zoo, sekali gus membimbing mereka untuk mempelajari tentang spesies hebat ini," kata Inserra.
Aardvark merupakan haiwan natif di sub-Sahara Afrika. ia memiliki pasangan kaki depan yang kuat dan kuku yang panjang bagi membantunya mengorek tanah untuk membuat lubang sarang seterusnya berehat pada waktu siang.
Ia menggunakan lidahnya yang panjang dan melekit untuk mencari makanan kegemarannya iaitu semut dan anai-anai.
Agensi
Mon Jun 20 2022
Anak aardvark itu belum diberikan nama, dan akan kekal dalam penjagaan tanpa ditunjuk kepada pengunjung zoo buat masa ini. - AP
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dua pelajar perempuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang di Kilometer (KM) 187.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara, di Jasin, pada Khamis.
Persiapan akhir hukuman sebat di masjid berjalan lancar
Proses akhir pelaksanaan hukuman sebatan luar penjara terhadap individu pertama di Terengganu melakukan kesalahan khalwat berulang yang akan dilaksana selepas solat Jumaat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang esok berjalan lancar.
AWANI Ringkas: Mati mengejut | Pergolakan di Mozambique
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [26/12/2024] - Amaran hujan lebat | Lahirkan graduan berkemahiran tinggi | Kadar premium kekal
AWANI Borneo Khamis, 26 Disember 2024 bersama Assim Hassan
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah bermula Sabtu.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026.
Program Tarif Elektrik Hijau akan diteruskan pada 2025.
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah bermula Sabtu.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026.
Program Tarif Elektrik Hijau akan diteruskan pada 2025.
Pesilat Muda Sarawak cipta kejutan di Abu Dhabi
Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) menganjurkan majlis penghargaan buat pesilat muda berbakat dari Marudi, Ummi Masitah Hassan.
DAPSY gesa kelemahan dalam SCHB ditangani
Kerajaan Sarawk digesa segera menangani kelemahan dalam Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) susulan berlakunya tuntutan tanpa pengesahan yang mengakibatkan seorang warga emas kehabisan RM500 nilai bantuan tanpa pengetahuan.
Setelah hampir empat dekad, zoo di San Diego sambut kelahiran aardvark
Ia belum diberikan nama, dan akan kekal dalam penjagaan tanpa ditunjuk kepada pengunjung zoo buat masa ini.