NEW DELHI: Pentadbiran baharu Sri Lanka berdepan kritikan hebat susulan serbuan yang dijalankan di sebuah kem yang menjadi pusat utama menempatkan penunjuk perasaan antikerajaan.
Pada Jumaat, polis dan pasukan keselamatan bertindak menyerbu kem Galle Face yang terletak di Colombo itu. Kem berkenaan telah menjadi pusat penunjuk perasaan antikeraajan sejak April lalu.
Tindakan berkenaan dibuat selepas Presiden Ranil Wickremesinghe yang mengangkat sumpah jawatan pada semalam (Khamis) mahu mengawal keadaan negara yang sedang dilanda kemelut ekonomi dan politik.
Pada Jumaat, beliau melantik rakan sekolah dan Ahli Parlimen kanan Dinesh Gunawardena sebagai perdana menteri.
Bantahan awam yang berlarutan selama berbulan-bulan telah memaksa keluarga Rajapaksa berundur kerana dikatakan menjadi punca utama kepada krisis yang berlaku dan penunjuk perasaan turut tidak berpuas hati dengan Wickremesinghe.
"Menggunakan tentera untuk menyekat protes awam pada hari pertama memegang jawatan presiden satu perbuatan yang keji dan akan membawa kesan buruk terhadap kestabilan sosial, ekonomi dan politik negara kita," menurut kenyataan Persatuan Peguam Sri Lanka (BASL).
Sementara itu, Duta Amerika Syarikat ke Sri Lanka Julie Chung berkata pihaknya sangat prihatin terhadap tindakan yang diambil terhadap penunjuk perasaan di kem itu.
"Kami menggesa pihak berkuasa bertenang dan mereka yang cedera perlu segera diberikan rawatan," katanya.
Sri Lanka sedang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan bantuan dana asing bagi mengatasi krisis kewangan terburuk sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada 1948.
Pada Jun inflasi meningkat hampir 60 peratus berbanding kira-kira 45 peratus pada Mei, menurut Bank Pusat Sri Lanka (CBSL) pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022

Pada Jumaat, polis dan pasukan keselamatan bertindak menyerbu kem Galle Face yang terletak di Colombo. - AP

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Seluruh Sri Lanka alami gangguan bekalan elektrik
Pihak berkuasa Sri Lanka sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik susulan gangguan menyeluruh yang berlaku pada Ahad.

Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024
Rakyat Sri Lanka yang bekerja di luar negara mengirim pulang lebih AS$6.57 bilion pada 2024, meningkat 10.1 peratus berbanding 2023.

Hampir 480,000 terjejas oleh cuaca buruk di Sri Lanka
Seramai 479,871 individu daripada 142,624 keluarga terjejas, dengan 17 kematian dan 20 kecederaan dilaporkan.

Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.

Perdana Menteri baharu Sri Lanka angkat sumpah
Ahli Parlimen dari Parti National People's Power (NPP) Harini Amarasuriya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Sri Lanka pada Selasa.

Perdana Menteri Sri Lanka letak jawatan selepas presiden baharu dipilih
Perdana Menteri Sri Lanka Dinesh Gunawardena menyerahkan surat peletakan jawatannya pada pagi Isnin susulan pemilihan Anura Kumara Dissanayake sebagai presiden baharu negara itu, lapor Xinhua.

PM Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.

Cef Malaysia pukau pelajar institut pelancongan Sri Lanka
Cef Murad mengadakan pertunjukan memasak di Colombo sebagai sebahagian festival masakan Malaysia yang sedang berlangsung di Sri Lanka.

Sri Lanka akan dakwa 10 nelayan India atas kematian kelasi tentera laut
Tentera Laut Sri Lanka merampas sebuah bot pukat tunda di luar Kankasanthurai di Wilayah Jaffna di utara negara itu pada 25 Jun lalu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.