'Serba-serbi lengkap!' - Pesakit koronavirus kagum kemudahan wad hospital segera
Azyyati Ahmad
Februari 7, 2020 11:20 MYT
Februari 7, 2020 11:20 MYT
SEORANG pesakit yang menjalani rawatan novel koronavirus di Wuhan sempat merakamkan keadaan di hospital Huoshenshan yang merupakan 'hospital segera' pertama yang dibina dalam masa singkat bagi menangani jumlah pesakit yang semakin meningkat.
Dalam satu perkongsian yang dilakukan di Facebook, individu berkenaan menunjukkan kemudahan yang disediakan dan ruang dalaman hospital berkenaan.
“Hospital ini dilengkapi dengan baik. Sebuah bilik boleh memuatkan dua katil dan peralatan perubatan seperti bekalan oksigen, oxymeter nadi, tekanan darah.
“Semuanya dipantau menggunakan komputer. Bilik ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa dan penapis udara,” katanya.
“Setiap pesakit disediakan dengan satu set pakaian hospital yang ditandakan dengan nombor pesakit.
"Saya sangat kagum dengan fasiliti yang ditawarkan di hospital ini yang begitu jauh dari jangkaan sebenar saya,” katanya lagi.
Hospital Huoshenshan di Wuhan, siap dibina dalam tempoh lapan hingga sembilan hari dan mula menerima pesakit pada 3 Februari itu.
Sebuah lagi hospital iaitu Hospital Leishenshen, dilapor sudah mula beropeasi hari ini.
#hospital Huoshenshan
#Hospital Huoshenshan di Wuhan
#hospital Koronavirus
#novel koronavirus
#perubatan
#Pesakit Koronavirus
#Wuhan