GENEVA: Serangan siber ke atas pelayan komputer pengendali maklumat milik Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menjejaskan data peribadi lebih 515,000 orang, kata ICRC dalam satu kenyataan.
"Serangan siber yang canggih terhadap pelayan komputer milik ICRC telah dikesan minggu ini," kata ICRC, menurut Sputnik.
"Serangan itu menjejaskan data peribadi dan maklumat sulit lebih 515,000 orang, termasuk mereka yang terpisah daripada keluarga akibat konflik, penghijrahan dan bencana, senarai orang hilang, serta mereka dalam tahanan.
"Data itu diperoleh daripada sekurang-kurangnya 60 Persatuan Kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di seluruh dunia," menurut kenyataan itu.
ICRC berkata kebimbangan akibat daripada serangan itu termasuk risiko pendedahan maklumat sulit terhadap golongan yang harus dilindungi pihaknya.
"Serangan ke atas data orang hilang akan mengakibatkan kesengsaraan dan penderitaan keluarga lebih sukar ditanggung.
Serangan siber ini menjadikan ramai mangsa terdedah, mereka yang memerlukan bantuan kemanusiaan, lebih berisiko," kata ketua pengarah ICRC Robert Mardini.
Agensi dengan ibu pejabat di Geneva itu tidak mempunyai sebarang petunjuk mengenai dalang di sebalik serangan itu.
"Masih tiada sebarang petunjuk bahawa maklumat yang digodam itu telah dibocorkan atau dikongsi secara terbuka," kata ICRC.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Serangan itu menjejaskan data peribadi dan maklumat sulit lebih 515,000 orang, termasuk mereka yang terpisah daripada keluarga akibat konflik, penghijrahan dan bencana, senarai orang hilang, serta mereka dalam tahanan. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Serangan siber terhadap ICRC, data peribadi 515,000 orang terjejas
Serangan siber yang canggih terhadap pelayan komputer milik ICRC telah dikesan minggu ini.