ANKARA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengecam serangan maut Rusia ke atas stesen kereta api di Kramatorsk timur Ukraine.
"Serangan di stesen kereta api Kramatorsk di timur Ukraine hari ini, yang membunuh dan mencederakan ramai orang awam yang menunggu untuk dipindahkan, termasuk ramai wanita, kanak-kanak dan warga tua, selain serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam adalah tidak boleh diterima sama sekali," kata jurucakap kepada Ketua PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.
Serangan itu, katanya, adalah "pencabulan besar terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa" dan pelakunya mesti "bertanggungjawab."
"Setiausaha Agung mengingatkan semua pihak tentang kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa untuk melindungi orang awam dan keperluan mendesak untuk menyokong gencatan senjata kemanusiaan, bagi membolehkan pemindahan selamat dan akses kemanusiaan kepada penduduk yang terperangkap dalam konflik," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.
Ia mengulangi gesaan ketua PBB kepada semua pihak untuk "menamatkan segera kekejaman perang."
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) turut mengutuk serangan itu.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan hari ini di stesen kereta api di Kramatorsk, Ukraine," kata Wakil UNICEF Ukraine, Murat Sahin.
"Kami belum mengetahu jumlah kanak-kanak yang terbunuh dan cedera dalam serangan itu, tetapi kami khuatir akibatnya lebih teruk lagi."
Sahin berkata stesen kereta api itu menjadi laluan keluar utama untuk beribu-ribu keluarga yang berpindah dari wilayah Donetsk yang musnah teruk akibat perang, ke kawasan yang agak selamat di Ukraine.
"Awal hari ini, UNICEF telah menghantar kit perubatan dan bekalan kecemasan di Kramatorsk," katanya.
"Ketika serangan berlaku, Pasukan UNICEF sedang menghantar bekalan menyelamatkan nyawa ke jabatan kesihatan wilayah, satu kilometer dari stesen kereta api itu."
Sekurang-kurangnya 50 orang, termasuk lima kanak-kanak, terbunuh pada Jumaat dalam serangan Rusia di stesen kereta api itu, kata pihak berkuasa.
Bagi Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy serangan itu ibarat "kejahatan tanpa had," dan berkata tentera Rusia menyerang stesen itu dengan peluru berpandu Tochka-U.
Kremlin bagaimanapun menafikan laporan Ukraine mengenai serangan udara Rusia ke atas stesen itu. Kementerian Pertahanan Rusia berkata dakwaan oleh Kyiv adalah provokasi dan "sama sekali tidak menunjukkan realiti sebenar."
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022
Sekurang-kurangnya 50 orang, termasuk lima kanak-kanak, terbunuh pada Jumaat dalam serangan Rusia di stesen kereta api itu. - Foto REUTERS
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Serangan ke atas stesen kereta api Ukraine 'tidak boleh diterima' - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengecam serangan maut Rusia ke atas stesen kereta api di Kramatorsk timur Ukraine.