Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini membuat tinjauan sekitar tempat kejadian serangan bom dan senjata api di Jalan M.H. Thamrin di sini petang tadi.

Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk melihat perkembangan terkini di kawasan tempat kejadian serta memasuki sebuah hotel terkemuka di kawasan itu dan menemui beberapa pengunjung hotel untuk memberi keyakinan kawasan berkenaan telah aman.

Joko kemudiannya memberitahu pemberita tujuan lawatannya adalah bagi melihat sendiri dan memastikan keadaan telah kembali normal.

"Semuanya sudah normal, setelah kejadian tersebut. Jadi enggak usah takut, Indonesia aman," katanya yang turut popular dengan panggilan Jokowi.

BACA: Polis Indonesia buru Muhammad Bahrun Naim

BACA: Polis sasaran utama serangan pengganas - Ketua Polis Indonesia

BACA: Indonesia sifatkan serangan Jakarta sebagai gelombang ancaman Daish

Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk melihat perkembangan terkini di kawasan tempat kejadian serta memasuki sebuah hotel terkemuka di kawasan itu

Dalam kejadian serangan bom dan senjata api pagi semalam, tujuh orang mati termasuk lima daripadanya adalah suspek pengganas manakala lebih 20 orang termasuk lima anggota polis dilaporkan parah.

Kumpulan pengganas terbabit memulakan serangan di Restoran Starbucks di Gedung Cakrawala, Jalan MH Thamrin di sini dengan melemparkan bom dan melepaskan tembakan ke arah polis sebelum ditembak mati oleh pasukan polis.

Polis percaya serangan itu dilakukan anggota pengganas Daesh yang berada di negara itu.

Tinjauan Bernama mendapati pekerja pejabat dalam bangunan Gedung Cakrawala iaitu tempat berlakunya serangan malam tadi, telah memulakan kerja seperti biasa, bagaimanapun di tingkat bawah yang menempatkan restoran Starbucks dan sekitarnya masih ditutup dan dikawal polis.

BACA: Serangan di Jakarta: Semua yang anda perlu tahu

FOTO: Jakarta digegarkan serangan bom, tembakan

BACA: Letupan di Jakarta akan bawa kesan berantai kepada ekonomi - Pakar


Sementara itu, media dalam talian tempatan melaporkan Polis Daerah Cirebondi Jawa Barat menangkap tiga orang suspek yang dipercayai anggota kumpulan militan Daish.

Polis turut menemui sepucuk senapang angin, beberapa senjata tajam dan perkakas lain termasuk kain rentang lambang Daesh dalam serbuan di rumah suspek.

Ketua Polis Cirebon Sugeng Hariyanto dipetik sebagai berkata mereka ditangkap dalam serbuan berasingan di Desa Orimalang, Daerah Cirebon.

Katanya, ketiga-tiga suspek itu kini ditahan untuk membantu siasatan.