Lima anggota tentera terbunuh dalam satu serangan bom di Kampung Kubae Talak, Thatong, Reman, Yala, Thailand hari ini.

Ketua polis Thatong, Leftenan Kolonel Topan Pusantiar berkata, lebih 50kg bahan letupan dimuatkan ke dalam sebuah kereta yang di letakkan di tepi jalan sebuah kampung.

Sejurus sebuah trak yang membawa kesemua anggota tentera itu melalui kawasan yang sama, kereta yang dipenuhi bahan letupan itu diletupkan.

Kesemua tentera terbabit dikatakan tercampak keluar dari pada trak yang mereka naiki dipercayai disebabkan impak letupan.

“Selepas letupan, 10 anggota militan berpakaian seragam renjer menembak anggota tentera terbabit dari jarak dekat menyebabkan lima terbunuh dan seorang cedera. Mereka turut merampas senjata tentera-tentera tersebut,” beliau berkata.