Sekurang-kurangnya 153 orang maut dalam beberapa siri tembakan serentak di bandaraya Paris pada Jumaat, termasuk letupan di luar Stadium Nasional di mana satu perlawanan bola sepak sedang berlangsung.
Polis berkata kebanyakannya menjadi korban di Dewan Konsert Bataclan di tengah Paris, kira-kira 200 meter dari bangunan bekas ibu pejabat Charlie Hebdo di mana serangan anggota kumpulan jihad berlaku pada Januari lalu.
Polis turut memberitahu terdapat tebusan ditahan di lokasi itu yang terkenal sebagai pusat hiburan pada waktu malam.
Tiga maut berhampiran Stadium Stade de France yang terletak di utara bandaraya berkenaan, di mana sedang berlangsungnya satu perlawanan bola sepak antarabangsa.
Seorang wartawan AFP melaporkan dua letupan kedengaran di stadium itu.
Presiden Perancis, Francois Hollande telah dibawa keluar dari stadium berkenaan sebelum perlawanan tamat.
Penonton dibawa keluar melalui tiga pintu utama.
Satu lagi serangan dilaporkan di sebuah restoran makanan Kemboja, Petit Cambodge, tidak jauh dari Bataclan.
Siasatan awal telah dimulakan.
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, menasihatkan orang ramai untuk tinggal di rumah.
Perancis sebelum ini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas serangan ke atas Charlie Hebdo pada Januari.
Angka rasmi menunjukkan lebih dari 500 orang pejuang Perancis kini bersama kumpulan IS di Syria dan Iraq, manakala 250 orang telah dibawa pulang dan kira-kira 750 pula menyatakan keinginan untuk ke sana.
Kerajaan Perancis minggu lepas mengumumkan akan mengembalikan prosedur pemeriksaan di sempadan sebagai satu langkah keselamatan sempena perbincangan berkenaan iklim anjuran PBB yang akan berlangsung di Paris, hujung bulan ini.
Agensi
Fri Nov 13 2015
![Serangan bersiri di Paris, sekurang-kurangnya 100 maut Serangan bersiri di Paris, sekurang-kurangnya 100 maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81447459053_FranceBombing.jpg)
Menurut polis, sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh di dewan konsert di tengah-tengah Paris. - Foto AFP
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721104956_JDVance.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
Gaza perlukan 15 tahun bersih runtuhan akibat perang Israel
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) maklumkan Kerja-kerja pembersihan Semenanjung Gaza daripada runtuhan akibat serangan maut berterusan Israel akan mengambil masa kira-kira 15 tahun.
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
![Debaran warga Perancis menjelang hari mengundi esok Debaran warga Perancis menjelang hari mengundi esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720276527_TBFranceelection.jpg)
Debaran warga Perancis menjelang hari mengundi esok
Menjelang hari pengundian Perancis, penduduk di Paris memberi reaksi berbeza mengenai pilihan raya pusingan kedua yang akan berlangsung pada Ahad.
![G7 seru gencatan senjata global semasa Sukan Olimpik Paris G7 seru gencatan senjata global semasa Sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684471699_RakyatJepunbantah.jpg)
G7 seru gencatan senjata global semasa Sukan Olimpik Paris
Meloni berkata idea gencatan senjata Olimpik baharu telah dikemukakan oleh Perancis dalam perbincangan G7.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Paris perketat keselamatan semasa lawatan Biden acara ulang tahun D-Day Paris perketat keselamatan semasa lawatan Biden acara ulang tahun D-Day](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717629915_JoeBiden.jpg)
Paris perketat keselamatan semasa lawatan Biden acara ulang tahun D-Day
Biden akan menyertai acara memperingati ulang tahun ke-80 Pendaratan Normandy dan mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Perancis.
![Lee Chong Wei terkandas di Paris Lee Chong Wei terkandas di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713733108_LeeChongWeiterkan.jpg)
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.
![Serangan di Moscow: Perancis tingkat tahap amaran tertinggi Serangan di Moscow: Perancis tingkat tahap amaran tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701607529_BirHakeimbridge.jpg)
Serangan di Moscow: Perancis tingkat tahap amaran tertinggi
Selepas serangan pengganas di dewan konsert berhampiran Moscow, Perancis telah meningkatkan amaran keselamatannya ke tahap tertinggi.
![Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709955577_DutaBesarMalaysia.jpg)
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi telah mempamerkan koleksi Autumn/Winter 2024 di Minggu Fesyen Paris bermula 29 Februari 2024 sehingga 3 Mac 2024.
![Paris 2024 penampilan terakhir Abu Samah? Paris 2024 penampilan terakhir Abu Samah?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704516423_teniskerusiroda.jpg)
Paris 2024 penampilan terakhir Abu Samah?
Jaguh tenis kerusi roda negara Abu Samah Borhan tidak menolak kemungkinan Sukan Paralimpik 2024 di Paris bakal menjadi penampilan terakhirnya.
![Pemerdagangan orang: Pesawat terkandas di Perancis berlepas ke India Pemerdagangan orang: Pesawat terkandas di Perancis berlepas ke India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703522136_franceairport.jpg)
Pemerdagangan orang: Pesawat terkandas di Perancis berlepas ke India
Media Perancis melaporkan terdapat laporan yang mendakwa beberapa penumpang menjadi mangsa pemerdagangan orang.
![Penduduk Perancis meracuni diri sendiri untuk bunuh pepijat Penduduk Perancis meracuni diri sendiri untuk bunuh pepijat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701870880_TBbedbugs.jpg)
Penduduk Perancis meracuni diri sendiri untuk bunuh pepijat
Penduduk yang kini berusaha membasmi wabak pepijat di Perancis berhadapan risiko meracuni diri sendiri berikutan penggunaan racun serangga haram, menurut pihak berkuasa Paris pada Selasa.