MADRID: Saluran paip gas akan dibina menghubungkan Iberia ke Perancis dan seluruh Eropah, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez mengesahkannya pada Khamis, lapor Xinhua.
Sepanyol, Perancis dan Portugal bersetuju untuk bekerjasama dalam projek itu, kata Sanchez.
Bercakap sekembalinya ke Sepanyol selepas menghadiri sidang kemuncak EU mengenai krisis tenaga, Sanchez berkata saluran paip itu akan meningkatkan dua saluran sedia ada antara Sepanyol dan Perancis.
Ia juga akan membantu menyalurkan hidrogen dan gas hijau semasa tempoh peralihan yang diperlukan oleh Eropah sehingga ia meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu.
"Koridor Tenaga Hijau" akan menghubungkan Barcelona ke Marseilles di selatan Perancis. Ia menggantikan skim "MidCat", yang digugurkan pada 2019 susulan kebimbangan terhadap kos dan peraturan.
Krisis tenaga yang berterusan disebabkan konflik di Ukraine dan ketidaktentuan mengenai bekalan dari Rusia, mendorong semula pelan untuk menyalurkan gas melalui Portugal dan Sepanyol (yang disambungkan melalui saluran paip ke Algeria).
Sepanyol mengambil masa beberapa bulan mendesak pelaksanaan projek itu, yang turut disokong oleh Jerman.
Selain saluran paip Algeria, Sepanyol juga mempunyai kapasiti tinggi untuk menukar gas asli cecair (LNG), menerusi enam terminal LNGnya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022

Pedro Sanchez ketika tiba untuk menghadiri sidang kemuncak EU mengenai krisis tenaga di Brussels, 20 Okt 2022. (Foto AP)

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sepanyol, Perancis dan Portugal setuju hubungkan saluran paip gas
Sanchez berkata saluran paip itu akan meningkatkan dua saluran sedia ada antara Sepanyol dan Perancis.

Lima terkorban, 16 cedera letupan gas di Algeria
Memetik sumber, media tempatan mendakwa letupan dipercayai berlaku ketika saluran paip yang menyalurkan gas ke kawasan tersebut rosak ketika kerja pembinaan.