SEOUL: Roda Ferris kedua terbesar di dunia akan dibina di sepanjang Sungai Han di daerah barat Seoul bermula Jun 2025, menurut kerajaan metropolitan Seoul pada Rabu.
Seoul Ring, berdiameter 180 meter akan dibina di taman tema Sangam-dong serta menawarkan pemandangan menarik ibu kota, lapor Yonhap.
Ia akan menjadi roda Ferris kedua terbesar selepas Ain Dubai, roda pemerhatian tertinggi dan terbesar di dunia.
Struktur futuristik itu akan mempunyai 36 kabin, setiap satu mampu menampung 25 penumpang.
Tarikan pelancong itu juga boleh memuatkan sekitar 1,747 orang sejam dan sehingga 11,792 orang setiap hari.
Projek bernilai 400 bilion won (AS$304 juta) itu akan dicadangkan di bawah skim bina-pindah-kendali (BTO).
Pembinaan mercu tanda itu dijangka bermula pada Jun 2025, dengan siap sepenuhnya menjelang Disember 2027.
Seoul Ring dijangka menarik kedatangan 3.5 juta pelancong setiap tahun, menurut pegawai kerajaan bandar Hong Sun-ki.
Kerajaan tempatan berhasrat untuk mempromosikan Seoul Ring yang menggunakan 100 peratus tenaga boleh diperbaharui, sebagai mercu tanda dasar mesra alam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023
Seoul Ring, berdiameter 180 meter akan dibina di taman tema Sangam-dong serta menawarkan pemandangan menarik ibu kota. - Foto: Seoul Metropolitan Government
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Roda Ferris trek berkembar tertinggi dunia akan dibina di Seoul
RODA Ferris dengan trek berkembar tertinggi di dunia akan beroperasi di Korea Selatan seawal 2028.
Seram, roda Ferris bergoyang dan gagal berpusing
Kejadian itu berlaku di sebuah karnival di Sakon Nakhon, Thailand pada malam Ahad lepas.
Roda Ferris terbesar di Amerika Latin mula beroperasi
Orang ramai di Rio de Janeiro, Brazil mula beratur untuk merasai pengalaman menaiki roda Ferris dengan ketinggian 88 meter itu.