Seorang pekerja keretapi maut manakala tiga rakan kerja lain cedera apabila keretapi yang dikendalikan mereka terkena letupan bom selepas melepasi stesen Nikom Khokpo di sini, pada Sabtu.
Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, keretapi enam-gerabak dengan 100 penumpang itu dalam perjalanan dari Sungai Golok ke Hatyai terkena bom seberat 20kg yang ditanam di landasan keretapi di stesen berkenaan.
Bagaimanapun, kesemua penumpang tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Pattani, Mej.Jen. Thanongsak Wangsupa berkata mangsa yang terkorban, Chavalit Khonpan, 53, dan tiga pekerja termasuk seorang wanita itu menaiki gerabak terakhir tanpa penumpang.
Beliau berkata keretapi itu singgah di stesen berkenaan dan mula bergerak apabila bom tersebut meletup di bahagian akhir keretapi berkenaan sehingga gerabak terakhir itu terputus dua.
"Salah seorang daripada tiga yang cedera itu adalah kakitangan wanita yang mengalami kecederaan parah. Mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala yang cedera dihantar ke Hospital Pattani untuk rawatan," katanya kepada pemberita di sini.
Letupan bom telah meninggalkan lubang sedalam satu meter dan sebesar dua meter, kata Thanongsak dan menambah, polis sedang menyiasat mereka yang mendalangi serangan itu.
Bernama
Sat Sep 03 2016
Keadaan gerabak yang musnah selepas keretapi dari Sungai Golok ke Hatyai diserang bom mengakibatkan seorang kakitangan keretapi maut dan tiga lain cedera di stesen keretapi Khokpo. - Gambar Bernama
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kerajaan negeri nafi dakwaan Pasar Siti Khadijah kurang pengunjung
Pengunjung Pasar Siti Khadijah semakin meningkat pada cuti sekolah dan waktu paling sibuk di pasar itu adalah pada sebelah pagi.
Festival Malaysia 2023 di Hatyai bermula
Festival Malaysia 2023, yang diadakan di Hatyai, Songkhla, selatan Thailand, bermula pada Jumaat dengan tujuan mempamerkan destinasi pelancongan, produk dan kraftangan Malaysia.
Lokasi percutian, syurga kulinari wajib singgah di Hatyai
Perjalanan yang singkat dan murah, makanan sedap serta hotel murah antara tarikan rakyat Malaysia di Hatyai.
Hatyai kembali rancak, dipacu pelancong dari Malaysia
Hatyai, sebuah bandar raya yang terletak berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia kini kembali meriah dan sesak dengan pelancong khususnya dari Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai dibuka semula hari ini
Setelah dua tahun ditutup akibat pandemik COVID-19, perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai, Thailand dibuka semula hari ini.
Warga Malaysia di Hatyai ditahan kerana mengurung diri bersama anak
Seorang lelaki warga Malaysia di Hatyai, selatan Thailand, ditahan polis selepas mengurung diri bersama dua orang anaknya dalam sebuah bilik di kediamannya.
Takut dijangkiti COVID-19, lelaki kurung isteri dan dua anak hampir seminggu
Seorang lelaki warga Malaysia bertindak mengurung isteri warga Thai dan dua anak lelakinya dalam rumah hampir seminggu di Hatyai.
Gambar ala komunis bukan di Malaysia - Polis
Siasatan mendapati gambar-gambar tersebut diambil pada 2 Dis 2019 semasa majlis tersebut berlangsung di Hotel Lee Garden, Hatyai, Thailand.
Wanita hilang barangan kemas selepas cium bau ubat
Terbaru seorang wanita Thailand kehilangan barangan kemas bernilai 50,000 baht (RM6,500) ketika menaiki 'tuk-tuk' bersama seorang wanita yang tidak dikenali di Hatyai.