ISTANBUL: Seorang kanak-kanak maut setiap 10 minit di Semenanjung Gaza, menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA)
"Amat menyedihkan sejumlah kanak-kanak juga cedera di tengah-tengah serangan berterusan tanpa mengira sasaran," katanya dalam hantaran di X, menurut Agensi Anadolu.
"Satu gencatan senjata segera adalah harapan terakhir yang tinggal," kata UNRWA.
Mayat rakyat Palestin ditemukan daripada kubur besar
Pentadbiran Pertahanan Awam Palestin di Semenanjung Gaza berkata pada lewat Sabtu bahawa jasad 50 warga Palestin yang dibunuh tentera Israel ditemukan daripada sebuah kubu besar di selatan Wilayah Khan Younis.
"Hari ini pasukan kami di Khan Younis menemukan 50 jasad mereka yang mati syahid daripada pelbagai lapisan umur yang dikumpulkan tentera Israel dan ditanam beramai-ramai di Hospital Nasser, lapor Anadolu yang memetik kenyataan yang dikeluarkan pihak pertahanan awam Palestin.
Kenyataan itu menekankan masih terdapat mayat dalam kubur besar dan di bawah runtuhan, sambil menambah pasukan pertahanan awam akan terus mencari dan mengeluarkan mayat berkenaan.
Tentera Israel mengumumkan pengundurannya dari Khan Younis pada 7 April selepas operasi selama empat bulan menyasarkan untuk menyelamatkan warga Israel yang ditawan kumpulan pejuang Palestin, Hamas tetapi ia meninggalkan bandar itu tanpa mencapai matlamatnya.
Operasi tentera Israel mengakibatkan kerosakan jalan raya, kediaman dan infrastruktur.
Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Israel meneruskan serangannya ke atsa Gaza dan mengakibatkan 34,049 warga Palestin maut kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta 76,901 lagi cedera sejak 7 Okt lepas, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.
Serangan Israel itu telah mengakibatkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain daripada menghadapi kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang akut sementara 60 peratus daripada infrastruktur kawasan itu sama ada rosak ataupun musnah.
Serangan masih berterusan dan penghantaran bantuan masih tidak mencukupi untuk menangani krisis kemanusiaan itu.
Lebih banyak trak bantuan mesti dibenarkan masuk ke Gaza
Pejabat Media Gaza berkata sekurang-kurangnya 3,814 trak bantuan kemanusiaan telah memasuki Semenanjung Gaza sejak awal April, kurang daripada apa yang didakwa oleh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu.
"Jumlah trak yang memasuki Gaza sejak awal April sehingga sekarang ialah 3,814, atau puratanya 200 trak sehari," kata Ketua Pejabat Media itu Salama Marouf dalam satu kenyataan.
Marouf berkata majoriti daripada trak berkenaan membawa "barangan bukan keperluan" dan merupakan "separuh daripada apa yang dikatakan pentadbiran AS".
Setiausaha Negara AS (Antony Blinken) dan Pengarah Agensi AS untuk Pembangunan Antarabangsa (Samantha Power) mendakwa jumlah trak memasuki Gaza adalah 400 buah sehari dan itu tidak benar," katanya.
Beliau berkata: "Presiden Joe Biden juga mendakwa Gaza menerima 3,000 trak dalam dua minggu dan itu juga tidak benar."
Beliau menyeru kumpulan hak asasi manusia dan antarabangsa untuk memberi tekanan kepada pentadbiran AS, Israel dan semua pihak berkaitan untuk membuka sempadan Rafah dan semua laluan masuk ke Gaza dan membenarkan 1,000 trak bantuan masuk sehari bagi menyelamatkan penduduk di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024

Amat menyedihkan apabila sejumlah kanak-kanak juga cedera di tengah-tengah serangan berterusan tanpa mengira sasaran. - Gambar fail/Reuters

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

Usaha gencatan senjata Gaza berterusan, petanda positif rundingan fasa kedua - Hamas
Hamas mengesahkan bahawa usaha pengantaraan yang diketuai Mesir dan Qatar masih diteruskan bagi memuktamadkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.

Bapa meninggal dunia selepas bersatu semula dengan anak dibebaskan dari penjara Israel
Warga Palestin Basem Ibrahim Sabbah meninggal dunia pada Jumaat di ibu negara Mesir, Kaherah hanya beberapa jam selepas bersatu semula dengan anaknya, Ayham (24), yang dibebaskan dari Israel.

PBB: Kelaparan sebagai senjata adalah jenayah perang di Gaza
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB di Palestin menegaskan bahawa Israel mempunyai kewajipan undang-undang untuk memastikan penyediaan keperluan asas kepada penduduk Palestin.

Wanita dihormati setiap hari di Gaza - Sukarelawan Perancis
Wanita Palestin diberikan peranan utama dalam kehidupan," menurut Imane Maarifi, seorang jururawat Perancis berketurunan Maghribi.

Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza, sifatkan sebagai pembersihan etnik - Mohamad
Malaysia menentang keras cadangan untuk mengilhakkan Gaza, menyifatkannya sebagai bentuk "pembersihan etnik" dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Trump sahkan AS 'sedang berbincang dengan Hamas'
Presiden AS Donald Trump mengesahkan bahawa AS sedang mengadakan perbincangan dengan kumpulan Palestin, Hamas berhubung isu tawanan di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).