POLIS India menahan semua suspek terbabit dalam kes rogol seorang vlogger pengembaraan Sepanyol yang sedang dalam jelajah motosikal bersama suaminya minggu lalu.
Polis di negeri timur Jharkhand sebelum ini menangkap tiga suspek selepas serangan kejam itu, yang berlaku di daerah Dumka, pada malam 1 Mac lalu.
Lima lagi lelaki kini ditangkap, menjadikan jumlah keseluruhan suspek kepada lapan orang.
Mereka berusia antara 18 hingga 25 tahun, kata polis pada Selasa.
Lelaki itu mengikat si suami dan bergilir-gilir merogol wanita terbabit selama kira-kira dua jam selepas pasangan itu memasang khemah untuk bermalam di kawasan Hansdiha, kira-kira 300 kilometer dari ibu negeri Ranchi.
"Mereka memukul kami dan merompak kami, walaupun tidak banyak perkara (diambil) kerana apa yang mereka mahu ialah merogol saya," kata wanita itu yang mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Sepanyol dan Brazil berusia 28 tahun, dalam catatan Instagram.
"Mereka meletakkan pisau di leher saya dan memberitahu akan membunuh saya," kata lelaki itu.
Pasangan itu berlepas ke Nepal pada Selasa dan dari sana, mereka merancang untuk terbang ke Sepanyol untuk bersama keluarga mereka.
Mereka merancang untuk meneruskan perjalanan kembara bermotosikal dunia selepas pulih sepenuhnya daripada pengalaman ngeri itu.
Pasangan itu mengembara ke lebih 60 negara, sebelum datang ke India.
Kedutaan Brazil berkata, ia berhubung dengan misi diplomatik Sepanyol untuk membantu mangsa.
Kes rogol beramai-ramai itu sekali lagi memberi tumpuan kepada keganasan seksual di India.
Secara purata, kira-kira 90 rogol setiap hari direkodkan pada 2022, menurut data dari Biro Rekod Jenayah Kebangsaan.
Negeri Rajasthan, Uttar Pradesh dan Madhya Pradesh mencatatkan jumlah tertinggi kes rogol.
Banyak kes serangan seksual tidak dilaporkan kerana mangsa sering takut terhadap stigma sosial atau tindakan balas, dan kadar sabitan kes itu kekal rendah.
Mahkamah Tinggi Jharkhand sudah melaksanakan suo moto susulan kes rogol berkumpulan itu.
"Jenayah berkaitan seks terhadap seorang wanita asing berkemungkinan membawa publisiti buruk terhadap negara dan dengan itu mencemarkan imej India di seluruh dunia," kata mahkamah itu, menurut laporan media tempatan.
Pasangan itu diberi satu juta rupee (kira-kira AS$12,000 atau kira-kira RM56,000) sebagai pampasan oleh pihak berkuasa. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Wed Mar 06 2024
![Semua suspek kes rogol pengembara Sepanyol di India ditangkap Semua suspek kes rogol pengembara Sepanyol di India ditangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709700190_TBNORAPEINDIA.jpg)
Secara purata, kira-kira 90 rogol setiap hari direkodkan pada 2022, menurut data dari Biro Rekod Jenayah Kebangsaan. - Gambar hiasan/ AP
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.
Lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan Singapura - Lee Hsien Loong
Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam tempoh dua tahun lalu, pemerintah telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyat Singapura yang bimbang dengan kos sara hidup, terutama mereka yang paling memerlukan bantuan.
![42 tahanan Palestin tiba di Ramallah 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739056884_tbPalestinianprison.jpg)
42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030), bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir sambutan CNY
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bermula 15 Feb ini.
Lepaskan lapan das tembakan, polis sedang jejak saspek warga tempatan
Seorang lelaki warga tempatan telah melepaskan lapan tembakan di dalam sebuah pusat beli-belah di sini, pada Sabtu, sebelum bertindak melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu Astro AWANI, susulan insiden tersebut, seorang lelaki telah tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki, dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu Astro AWANI, susulan insiden tersebut, seorang lelaki telah tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki, dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
![Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738636418_tbBuruhmengakutid.jpg)
Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Tertuduh, 53, didakwa merogol anak perempuan tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun pada Oktober 2024.
![Penjaga rumah anak yatim ditahan kes rogol penghuni Penjaga rumah anak yatim ditahan kes rogol penghuni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733552296_ShadowHand.jpg)
Penjaga rumah anak yatim ditahan kes rogol penghuni
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol remaja perempuan berusia 17 tahun di rumah jagaan anak yatim swasta di sini baru-baru ini.
![Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes rogol Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes rogol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732774322_HandcuffGari.jpg)
Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes rogol
Bekas peserta program realiti komedi popular ditahan di bandar raya ini, awal pagi tadi, berhubung kes rogol seorang wanita berusia 20-an.
![Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732463549_TBFRANCEFEMICIDE.jpg)
Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol
Kesatuan sekerja CGT melaporkan 100,000 peserta hadir dalam protes pada Sabtu, termasuk 80,000 di Paris.
![Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731402381_TronohPaulYongCho.jpg)
Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan kes merogol pembantu rumah.
![Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731390080_SazaleeAdam.jpg)
Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah
Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 14 tahun di Sungai Ara, Bayan Lepas, Ahad lepas.
![Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730789609_SyedShahIqmal.jpg)
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
![Lelaki ditahan dipercayai rogol anak kandung 14 tahun Lelaki ditahan dipercayai rogol anak kandung 14 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728450077_HandcuffGari.jpg)
Lelaki ditahan dipercayai rogol anak kandung 14 tahun
Lelaki berusia 42 tahun itu diberkas di sebuah Jeti Air Temin, Gerik, kira-kira jam 7.45 pagi semalam.
![Rogol teman wanita, penjaga lembu dipenjara tiga tahun Rogol teman wanita, penjaga lembu dipenjara tiga tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729579438_penjagalemburogol.jpg)
Rogol teman wanita, penjaga lembu dipenjara tiga tahun
Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap seorang penjaga lembu selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun minggu lalu.
!['Mahu cukur rambut anak, tapi saya pula dibotakkan' - Da'i Syed 'Mahu cukur rambut anak, tapi saya pula dibotakkan' - Da'i Syed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727154403_SyedShahIqmal.jpg)
'Mahu cukur rambut anak, tapi saya pula dibotakkan' - Da'i Syed
"Sepatutnya, saya cukur rambut anak perempuan pada tiga minggu lalu, namun perancangan Allah, saya pula yang dibotakkan," kata Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful.